Posted on

Pesakit Resdung Harus Baca Tips Lengkap Ini Sebelum Bertambah Kronik

pesakit resdung

Sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita dimana ramai daripada kenalan atau mungkin anda sendiri mengalami masalah resdung. Masalah yang bermula sejak kecil atau remaja buat sesetengah individu ini kadangkala membuatkan seseorang itu sudah menjadi terbiasa dengan masalah yang dihadapinya.

Masalah resdung ini meskipun tidak memberi masalah yang serius buat sesetengah individu, namun secara tidak langsung membuatkan seseorang itu berasa tidak selesa dengan menghadapinya.

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan terdapat juga individu yang mengalami masalah resdung yang serius dimana mereka sukar untuk tidur berikutan penyakit yang berlarutan hingga beberapa hari.

Pada kali ini, kami ingin membantu anda merungkai segalanya mengenai masalah resdung meliputi punca punca resdung, tanda simptom penyakit resdung, tips rawatan resdung dan pantang larang buat anda yang mengalami masalah ini.

Punca-punca berlakunya resdung

1. Virus

Seringkali apabila seseorang mengalami masalah melibatkan selsema, antara simptom-simpton yang sering dikaitkan adalah virus yang membuatkan tisu rongga hidung membengkak. Siapa sangka dengan hanya virus seseorang berpeluang menjadi penghidap resdung apabila hidung tersumbat

2. Alergik (Alahan)

Pernahkah anda melihat muka seseorang bengkak disebabkan alahan. Alahan atau alergik ini berlaku apabila seseorang memakan makanan yang tidak sesuai buat dirinya. Makanan yang sering menjadi punca alergik buat penghidap resdung selalunya adalah makanan laut atau seafood.

Selain makanan laut, habuk atau hama juga membuatkan resdung seseorang menjadi lebih teruk.

Oleh yang demikian adalah lebih baik dan dinasihatkan buat penghidap resdung untuk sentiasa membersihkan kawasan bilik, rumah serta ruangan yang kerap anda berada bagi memastikan masalah melibatkan resdung anda tidak menjadi semakin teruk berikutan alahan.

3. Kuman bakteria

Seringkali orang ramai pandang enteng dengan dengan masalah melibatkan selsema. Walau bagaimanapun sekiranya anda mengalami masalah selsema dan masih belum sembuh meskipun sudah 10 hingga 15 hari, besar kemungkinan bakteria telah masuk campur dalam peperangan melawan sistem pertahanan badan bersama virus.

Jangkitan bakteria jarang menyebabkan jangkitan pada ‘sinus’ akan tetapi selalunya memburukkan lagi keadaan jangkitan sedia ada. Bakteria selalunya menjadi jangkitan kedua selepas virus. Hasil kajian ini dibuat oleh William J. Hueston (MD, Prof dan Pengerusi Department of Family Medicine) dari Universiti Perubatan Carolina Selatan, Charleston.

 Menurutnya lagi, kemungkinan besar bakteria yang campur tangan ini adalah dari Streptococcus pneumonia atau Haemophilus influenza.

#4- Ketumbuhan Di Hidung

Polip hidung adalah kecil, ketumbuhan benigna yang membesar dari hidung atau tisu ‘sinus’. boleh menyebabkan saluran ‘sinus’ tersumbat lalu menghalang mukus dari keluar jika bengkak terlalu teruk. Ini akan mengakibatkan jangkitan ‘sinus’ atau resdung.

Polip Hidung – Polip di dalam rongga hidung akan menghalang laluan udara yang boleh menyebabkan sakit kepala. ‘Batu permata’ kecil ini juga akan menghalang laluan udara yang boleh menyebabkan sakit kepala akibat kekurangan oksigen ke otak.

Menurut Dr Hueston, alahan kronik yang berpanjangan boleh menyebabkan pembengkakkan jangka panjang dan meninggalkan parut di laluan hidung lalu menghasilkan polip. Mereka yang mempunyai masalah polip hidung biasanya akan kehilangan deria bau.

#5- Pencemaran Udara

Kami yakin orang ramai khususnya mereka yang bekerja menaiki kenderaan awam di tempat yang sesak pernah mengalami masalah ini. Pencemaran udara disebabkan jerebu atau karbon monoksida secara tidak langsung bakal membuatkan seseorang mengalami masalah batuk, ketidakselesaan pada hidung dan menyebabkan keradangan yang sekaligus meningkatkan risiko kepada resdung. Laporan ini turut diperakui oleh Dr Bains.

Selain itu, terdapat juga individu yang turut alergik kepada bau minyak wangi atau pewangi kereta yang kuat berikutan bahan kimia yang terkandung di dalamnya.

#6- Mandi di kolam renang

Pernahkah anda mandi di kolam renang seterusnya anda mengalami masalah melibatkan resdung. Meskipun aktiviti berenang ini menyihatkan badan, perkara ini mungkin memudaratkan sesetengah individu.

Hal ini berikutan kandungan klorin yang tinggi di dalam kolam renang boleh merangsangkan lapisan hidung dan dinding sinus sekaligus membuatkan seseorang mengalami resdung.

Semuanya bermula apabila anda melakukan aktiviti menyelam dimana tekanan air akan bertambah dengan kedalaman air yang diselam. Tekanan yang tinggi boleh menolak air untuk masuk ke dalam rongga ‘sinus’ tanpa sengaja.

#7- Jangkitan Kulat (Fungi)

Siapa sangka, individu yang sihat juga boleh mengalami masalah resdung berikutan sistem imunisasi diri yang lemah. Meskipun kes ini merupakan kes sangat jarang berlaku, jangkitan kulat antara faktor seseorang mengalami resdung. Difahamkan masalah ini berlaku apabila sistem imunisasi seseorang lemah sekaligus merangsang kulat atau fungi untuk membesar pada kawasan yang gelap dan lembab seperti di rongga sinus.

Kulat yang sering dikaitkan dengan resdung adalah Aspergillus. Bagi sesetengah individu, resdung kronik boleh berlaku akibat dari tindakbalas alahan terhadap kulat.

#8- Rokok

Seperti udara yang tercemar, begitu juga dengan asap rokok. Sekiranya anda mengalami resdung, ketahuilah asap rokok yang dihisap ataupun dihidu mampu meningkatkan risiko jangkitan di dinding ‘sinus’.

Keadaan yang menjadi lebih kronik buat penghidap resdung yang menghisap rokok kerana mampu merosakkan sistem pembersihan hidung semula jadi dengan asap rokok yang disedutnya.

Semuanya disebabkan kandungan di dalam rokok dan asap rokok yang mampu memberi kesan kepada sistem pernafasan di dinding ‘sinus’ yang turut menyumbang kepada pembengkakkan dan penyumbatan saluran hidung terutamanya ketika selsema.

#9- Kekurangan air di dalam badan

Kerap kali apabila anda berjumpa dengan doktor serta memberitahu mengenai masalah melibatkan demam atau resdung, doktor menasihati dan bertayakan mengenai jumlah air kosong yang diambil anda.

Masalah bakal berlaku apabila mukus terperangkap di dalam rongga hidung dalam jangka masa yang agak panjang, kandungan air akan tersejat lalu menyebabkan mukus semakin pekat. Hasilnya akan menyumbang kepada gejala resdung yang lebih teruk.

Oleh yang demkian, penghidap resdung dinasihati untuk mengambil air kosong secukupnya setiap hari. Doktor biasanya menasihati pesakit untuk sentiasa memastikan kandungan air adalah cukup bagi mengawal kelembapan semulajadi di dalam rongga hidung dan ‘sinus’.

#10- Struktur Hidung

Kes seperti ini jarang berlaku namun masih ada individu yang mengalaminya. Risiko untuk mendapat jangkitan ‘sinus’ adalah tinggi apabila seorang individu dilahirkan dengan keadaan struktur hidung dan ‘sinus’ yang berbeza dari normal atau dengan polip.

Menurut Dr Hueston, saluran yang sempit, tumor dan lelangit yang terbuka boleh menutup bukaan di rongga ‘sinus’ lalu menghalang pembuangan mukus. Mukus yang gagal dibuang inilah yang menambah risiko jangkitan bakteria pada ‘sinus’. Dalam kes sebegini, pembedahan adalah pilihan yang ada untuk memulihkan keadaan pesakit.

 

Di bawah merupakan simptom yang perlu anda awasi dan segera berjumpa doktor terdekat untuk rawatan lanjut.

  • Muncul mukosa atau lendir berwarna kuning atau hijau daripada hidung.
  • Wajah akan terasa berat dan sakit di sekitar dahi, mata, dan dagu, terutama apabila ditekan.

  • Kerap bersin dan selsema.

  • Demam dengan suhu 38 ° Celsius atau lebih.

  • Sakit gigi dan sakit kepala.

  • Mengalami masalah untuk mencium sesuatu dimana deria bau bermasalah.

  • Hidung kerap tersumbat.

  • Nafas berbau.

  • Mata gatal.

  • Tidur berdengkur.

  • Rambut berkelemumur.

  • Timbul jerawat.

  • Batuk sehingga kerongkong dan anak tekak gatal.

  • Telinga sering tersumbat.

  • Lelehan air atau mukus keluar melalui hidung.

  • Gatal mata apabila digaru, menjadi merah berair.

  • Kerap bersin dengan melampau.

  • Lendir dan kahak hingga sukar dihembus keluar.
pesakit resdung

Kesan resdung jika tidak mendapatkan rawatan dengan betul

 

Resdung jika tidak dirawat dengan betul akan memberi kesan serius kepada penghidap sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Antara akibat resdung kepada kanak-kanak ia boleh merebak ke dalam mata hingga menyebabkan jangkitan bakteria dan mata bernanah. Dalam kes sangat kronik, resdung boleh menyebabkan buta.

Buat para dewasa, resdung kronik boleh menyebabkan nanah bertakung dalam ruang sinus frontal atau pada bahagian depan. Jika nanah tidak dapat dikeluarkan dari hidung, ia boleh dipenuhi bakteria.

Risikonya bakteria boleh memasuki otak dan menyebabkan jangkitan pada otak atau meningitis dan jika dibiarkan boleh membawa maut. Perkara yang disebutkan ini tertakluk keadaan kronik masalah resdung yang dihadapi seseorang.

Ini 7 cara untuk mencegah radang resdung

  1. Elak memelihara binatang berbulu khususnya di dalam rumah kerana bulu-bulu haiwan ini mampu melekat pada perabot rumah anda.

  2. Elakkan guna guna sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang. Perkara ini secara tidak langsung bakal merangsang masalah resdung anda.

  3. Adalah lebih baik sekiranya anda kerapkan bersihkan karpet atau permadani menggunakan penyedut hampagas untuk mengelakkan daripada sebarang habuk dan hama.

  4. Pakai penutup hidung ketika mengemas rumah.

  5. Pastikan anda banyak mengambil air kosong atau mineral setiap hari.

  6. Lap muka dengan tuala basah dan air suam.

  7. Elak makan makanan laut seperti udang, sotong dan kerang.

 

Cara merawat resdung menggunakan petua tradisional

Masalah resdung ini sudah pun berlarutan sejak berabad lamanya. Masalah ini nampaknya semakin serius ketika ini berikutan gaya dan rutin manusia kini. Pada kali ini kami ingin kongsikan kepada anda cara-cara merawat resdung menggunakan petua tradisional di rumah.

#1- Gunakan cuka epal dan madu

Cara pertama adalah dengan menggunakan cuka epal dan madu. Ambil tiga sudu makan cuka epal, masukkan ke dalam secawan air panas atau teh. Tambah limau dan madu secukupnya lalu minum tiga kali sehari.

#2- Lidah buaya

Tahukah anda, lidah buaya juga boleh dipakai sebagai salah satu cara hilangkan resdung? Ini disebabkan lidah buaya mengandungi sifat antiseptik. Caranya adalah dengan menitiskan lendir atau gel lidah buaya pada hidung. Agar lebih berkesan minumlah rebusan lidah buaya secara teratur.

#3- Mampatkan bahagian pipi dengan air suam

Cara hilangkan resdung yang ketiga adalah dengan memampatkan bahagian pipi dengan air hangat. Mudah sahaja dengan basahkan tuala ke dalam air lalu perah airnya. Letakkan tuala untuk menutupi wajah anda.

Minum air mineral dengan banyak juga dapat membantu merawat resdung. Air akan bekerja membantu mendorong lendir keluar dengan cara mencairkanya. Harus diingat elakkan minum alkohol, kafein, minuman, manis, dan jangan merokok.

 Semua zat pada minuman itu boleh menyebabkan lendir menebal dan menyumbat pada saluran pernafasan sehingga mencetuskan keradangan lebih teruk.

#4- Cuci wajah dengan limau nipis dan daun pandan

Selain itu, anda juga boleh merawat resdung dengan menggunakan limau nipis dan pandan. Apa yang perlu ada sediakan adalah 8 biji limau nipis dan 10 helai daun pandan yang dihiris halus-halus. Seterusnya perah buah limau hingga menghasilkan air limau yang banyak. Campurkan air perasan limau dengan daun pandan.

Ramas daun pandan beberapa minit sehingga air berubah menjadi kehijauan. Tapiskan sampai tertinggal air saja. Basuh atau cuci muka terlebih dahulu. Basuhkan air tadi ke wajah Anda, elakkan terkena mata atau bibir. Tunggu wajah kering lalu sapukan lagi. Lakukan setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik. Selepas selesai cuci wajah anda dengan air biasa.


Cara merawat resdung menggunakan petua moden

Buat anda yang lebih selesa menggunakan petua moden yang jauh lebih mudah, kami kongsikan juga beberapa perkongsian daripada pengguna twitter iaitu Reena Razak  yang berjaya mengurangkan masalah resdung mereka.

#1- Clarinase

penawar resdung

Beliau mencadangkan penghidap resdung untuk menggunakan ubat yang diberi nama Clarinase. Clarinase hadir dengan dua jenis yang bertahan untuk 12 jam dan 24 jam. Ubat mudah untuk didapatkan di mana-mana farmasi berdekatan.

#2- Sterimar

penawar resdung

Selain itu, Sterimar juga sangat bagus untuk membersihkan hidung. Meskipun agak pedih tetapi bagus dan hidung rasa ‘clear’. Sterimar hadir dengan dua jenis iaitu untuk nasal congestion manakala sebuah lagi adalah nasal hygiene. Sterimar Boleh digunakan 2-4 kali sehari dan boleh dapatkan di farmasi.

#3- NeilMed

NeilMed juga dikatakan antara ubat yang sangat mujarab berdasarkan kegunaan beliau. Pengguna hanya perlu picit botol itu dekat sebelah lubang hidung dan air akan keluar sekali dengan lendir di lubang hidung sebelah lagi.

Anda boleh baca arahan dan ikut arahan yang diberikan sebab ia sangat penting untuk kebersihan anda. Difahamkan NeilMed mempunyai banyak jenis namun jenis ini yang paling mampu milik dan mudah.

#4- Aztec Mask

resdung

Terakhir, bonus untuk anda hilangkan jerawat resdung yang degil itu anda boleh gunakan produk Aztec Mask. Difahamkan produk ini sudah lama di pasaran dan sudah diketahui ramai. Walau bagaimanapun, diharap pengguna berhati-hati dan mendapatkan produk yang original dan elakkan Aztec Mask palsu. Jerawat kering dan parut juga cepat hilang. Selepas guna, muka anda berasa seperti baru lepas facial.

Kesembuhan yang berlaku adalah dengan izin Allah melalui mukjizat al-Quran. Kemuliaan dan kelebihan al-Quran dalam penyembuhan penyakit adalah rahmat kepada orang yang memahami dan menyedari rahsia kehebatan mukjizat al-Quran.

ayat penawar resdung

* Surah An-Nahl ayat 66 hingga 74

* Surah Al-Anfaal ayat 36 hingga 50

Pesakit hendaklah membaca surah pertama tiga kali pada malam dan surah kedua tiga kali pada siang. Amalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu berdoa kepada Allah untuk penyembuhan.

Dalam pengalaman saya mengubati penyakit fizikal, selalunya ayat dari Surah Al-Anfaal mempunyai hikmah dan keupayaan penyembuhan seumpama antibiotik. Ayat dari Surah An-Nahl berfungsi menguatkan daya pertahanan diri tubuh badan.

Insya-Allah gabungan amalan dua surah ini boleh membantu mengatasi masalah resdung. Percayalah bunyi bacaan al-Quran memiliki aura dan gelombang suara yang berfrekuensi tertentu dan panjang gelombang tertentu.

Gelombang ini mempengaruhi sel dalam tubuh badan kita secara positif dan mengembalikan keseimbangan tubuh. Gelombang dan aura kalimah suci memberi kesan positif kepada sel antibodi dan juga menguatkan sistem pertahanan tubuh badan.

Dalam erti kata lain, rawatan menggunakan ayat al-Quran ini bertindak umpama rawatan moden, namun prosesnya tidak mampu dilihat dengan mata kasar atau dijelaskan dengan logik akal.

Bermacam cara untuk merawat resdung yang dapat dilihat pada masa kini sama ada dengan petua tradisional untuk mencegah penyakit ini atau dengan ubat resdung terbaik yang di beli dari farmasi. Namun, kaedah rawatan yang paling berkesan dan mujarab sama ada cara Islam atau cara kampung boleh dicuba sebagai ikhtiar atau cara untuk menghilangkan penyakit sinus ini.

Walau bagaimanapun, sekiranya tahap resdung anda masih lagi di peringkat awal, anda boleh merawatnya dengan mengikut beberapa petua yang dapat diamalkan untuk mengurangkan kesakitan dan mencegah penyakit ini dengan cepat dan berkesan. Amalan yang konsisten dan tidak mengabaikan cara rawatan pasti akan membuahkan hasil yang memuaskan.

Jika anda ingin mencuba alternatif dari Herba Tok Aki, boleh terus ke halaman dengan klik di sini.

Posted on

KERAP BERSIN PERLU RAWATAN LANJUT

Kerap bersin, gatal hidung, hidung tersumbat dan hidung berair antara  alahan rinitis.

Namun, gejala ini sering dianggap biasa dan ramai yang tidak ambil kisah kemungkinan berisiko mendapat penyakit lain berkaitannya.

Pakar Perunding Otorinolaringologi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Prof Madya Dr Rosdan Salim, berkata gejala awal rinitis berlaku kerana keradangan membran nasal (hidung) yang kerap bersin, hidung berair, hidung tersumbat, gatal hidung atau mana-mana kombinasi itu.

Katanya, gejala itu tidak dapat dikesan individu, namun jika ia berlarutan dalam tempoh lima hari atau seminggu individu perlu mendapat rawatan lanjut.

Masalah rinitis boleh dikesan sendiri oleh pesakit dengan segera dengan membuat pemeriksaan doktor bagi mengelakkan ia merebak menjadi resdung atau alahan sinusitis.

Antara lain, alahan rinitis iaitu hidung pesakit sering tersumbat dan berair apabila terdedah kepada habuk.

“Pesakit kerap bersin berpanjangan sebaik bangun tidur terutama pada waktu pagi yang menyebabkan rasa tidak selesa, gatal hidung, mata, tekak dan muka serta kahak yang mengalir di belakang tekak.

“Gejala ini perlu dibendung bagi mengelakkan ia merebak dan membawa kepada masalah resdung,” katanya ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.

 

Alahan rinitis terjadi kerana pesakit terdedah kepada hama debu, habuk, kelemumur binatang peliharaan dan pencemaran udara terutama dalam keadaan cuaca kering.

Masalah alahan rinitis jika tidak dirawat akan membawa kepada resdung atau keradangan sinus (sinusitis).

Masalah sinusitis akan menyebabkan pesakit mengalami sakit di bahagian dahi, belakang mata, sakit muka dan kepala apabila bersujud atau membengkokkan badan, kerap demam, deria bau terganggu dan lendir kehijauan atau kuning.

“Alahan rinitis dan sinusitis amat berkait rapat yang disebabkan persekitaran dan alahan yang menyebabkan sistem imun individu menjadi terlalu sensitif.

“Ia juga dipengaruhi oleh faktor genetik atau keturunan. Jika ibu bapa mempunyai masalah resdung atau seduan, 50 peratus anak-anak mereka akan turut mengalaminya.

“Namun, masalah ini boleh dirawat atau hilang dengan sendirinya apabila seorang meningkat dewasa,” katanya.

Dr Rosdan berkata, cecair berlendir jika ditelan tanpa disedari akan terkumpul dalam hidung dan menyebabkan lapisan mukosa membengkak dan menyekat bukaan sinus.

Jika jangkitan berlaku, cecair berlendir ini akan berubah warna menjadi lendir kehijauan atau kuning di dalam sinus.

“Alahan rinitis dan sinusitis akan menyebabkan pesakit hilang deria bau disebabkan hidung tersumbat. Dalam kes itu ia boleh dirawat menerusi ubat atau pembedahan kecil membuang penghalang untuk mengembalikan deria bau.

“Kita mendapati 95 pesakit yang mendapat rawatan di HUSM alah kepada makanan laut dan 40 peratus alah kepada bulu kucing atau binatang peliharaan.

“Kajian kita juga mendapati antara 27 hingga 30 peratus bagi 100 individu mempunyai masalah seduan atau resdung,” katanya.

Katanya, pesakit juga perlu menjauhkan diri daripada alahan termasuk hama debu, habuk dan bulu binatang peliharaan.

Pesakit digalakkan supaya sentiasa membasuh hidung secara menyedut sedikit air dalam hidung dan membuangnya.

“Kita akan menggunakan ubat antihistamin bagi mengurangkan rasa gatal atau berair dalam hidung.

“Pesakit boleh menggunakan steroid untuk menyembur di kawasan radang atau sensitif. Pakar perubatan akan membuat keputusan untuk rawatan kepada pesakit.

“Pembedahan kecil akan ditawarkan jika ubat yang diberi tidak mampu merawat bagi mengecilkan bahagian dalam hidung (turbinete),” katanya.

Sumber: https://www.bharian.com.my/wanita/sihat/2018/10/488860/kerap-bersin-perlu-rawatan-lanjut

Posted on

Cara Berkesan Hapuskan Resdung!

ADAKAH ANDA SEPERTI INI?

-> Bila bangun pagi saya selalu bersin tak henti

-> Hidung saya selalu rasa tersumbat, kadang-kadang asyik meleleh berair

-> Muka saya selalu gatal dan berjerawat banyak

-> Saya selalu selesema, susah nak elok dan sakit tekak pulak tu

-> Nafas saya berbau, dah gosok gigi pun masih busuk

-> Kepala saya selalu sakit dan berkelemumur

-> Bila tidur, saya selalu tak lena dan sesak dada

-> Saya mudah demam dan badan cepat lesu

INI SEMUA ADALAH SIMPTOM RESDUNG!

Mungkin anda rasa penyakit resdung adalah perkara biasa, ada diantara anda pun yang selamba menelan ubat dan pil di klinik untuk penyelesaian jalan pintas. Tahukah anda, ianya hanya memberi kesan sementara? Kebanyakan ubat yang diberi pula berunsur steroid untuk mengurangkan alahan dan masalah komplikasi kerana resdung.

Tak dinafikan steroid boleh memberi kesan yang pantas tetapi sebenarnya penggunaan steroid menyekat keupayaan badan untuk berfungsi secara normal! Akhirnya nanti anda akan disarankan untuk melakukan pembedahan yang bukan sahaja mahal tetapi ngeri betul!

sinus-dilation-01
gambaran rawatan ‘Balloon Sinus Drainage” untuk mengeluarkan lendir yang terkumpul di ruang sinus

 

Tak percaya?

Tujuan proses di atas adalah untuk mengeluarkan lendir yang terkumpul di ruang sinus. Sinus adalah ruang rongga kecil di belakang pipi dan dahi. Alahan resdung boleh menjadi penyebab kepada pengumpulan lendir dan kotoran, jika lebih teruk – ruang sinus anda akan dijangkiti kuman, kulat serta akan berbau busuk dan berulat!

Dan walaupun pembedahan telah dilakukan, penyakit yang sama akan datang semula! Kos pembedahan yang boleh mencecah ribuan ringgit terbuang begitu sahaja?? Membazir!

Sebab itu produk Herba Tok Aki dirumus khas untuk membantu penghidap resdung untuk membuang + membersihkan + merawat punca dan kesan resdung secara dalaman dan luaran! Jangan sampai resdung mengganggu kehidupan anda, nanti orang tersayang pun terasa kesannya tau!

Tak percaya? Jom lihat video di bawah:

Memang keluar segala lendir dan kotoran yang tersumbat kan? Senang, pantas dan mudah! Tidak perlu pembedahan/ubat-ubatan yang berharga ratusan dan ribuan ringgit. Alahan resdung dapat dikurangkan dari penggunaan yang konsisten, tiada kesan sampingan dan selamat digunakan.

herba resdung tok aki

Beribu-ribu testimoni boleh dibaca sendiri untuk melihat ‘feedback’ dari pengguna produk Herba Resdung Tok Aki. Tiada penipuan, Herba Resdung Tok Aki memang berkesan! Diperbuat daripada ramuan herba terpilih dan tiada bahan meragukan atau merbahaya, produk Herba Resdung Tok Aki memang tiada kesan sampingan.

[button link=”https://herbatokaki.com/produk/herba-resdung-tok-aki/” type=”big” color=”red” newwindow=”yes”] KLIK SINI UNTUK PEMBELIAN SEGERA![/button]

Posted on

Punca Resdung

KENAPA SAYA PULAK YANG KENA??

Tertanya-tanya jugak kan kenapa ada orang yang elok je tak ada resdung, sedangkan anda pula terkena! Di mana silapnya entah? Nak kata tak jaga kesihatan, siapa lah yang tak nak sihat kan? Mestilah jaga sebab tak nak sakit! Tapi tahukah anda resdung ni berpunca dari apa sebenarnya?

Mungkin anda ada terbaca di mana-mana laman web yang mengatakan resdung ini adalah penyakit keturunan, ada yang sampai mengatakan resdung ni adalah penyakit berjangkit (??)! Bukan! Sebenarnya resdung seringkali berpunca daripada sistem pertahanan tubuh yang lemah sekaligus membolehkan kuman, bakteria dan hama untuk membiak di dalam ruang sinus (lapisan rongga hidung).

Apabila kita bernafas, kita akan menghidu masuk pelbagai jenis kuman, habuk dan bakteria yang ada di dalam udara sekaligus membawa masuk partikel-partikel ini ke dalam hidung. Apabila seseorang mempunyai daya tahan tubuh yang lemah, kesemua partikel ini yang sepatutnya ditapis akan merebak dan membiak di dalam hidung.

Struktur hidung yang tidak normal juga boleh mengakibatkan seseorang mengalami alahan resdung. Tulang hidung yang senget, retak atau patah disebabkan apa juga kemalangan juga berisiko tinggi tau!

Tahu tak macam mana nak kenal pasti anda adalah penghidap resdung atau tidak?

betulke resdung-01

Haa cuba periksa kalau ada di antara anda yang mengalami masalah yang terdapat dalam senarai di atas. Kalau ada, ya anda memang menghidapi penyakit resdung!

Jangan ingat penyakit resdung ini hanya akan memberi kesan yang ringan tau! Seperti yang anda lihat, kalau dah menghidapi resdung ni kan, sampai muka berjerawat dan kepala mula berkelemumur! Produktiviti anda juga akan terjejas, nak buat kerja lagi, nak uruskan keluarga lagi – macam-macam ragam!

Jangan sampai resdung menghalang anda dari melakukan aktiviti harian anda!

JOM HAPUSKAN RESDUNG DENGAN 3 LANGKAH MUDAH!

  1. KESAN SEPANTAS 5 MINIT! Segala alahan resdung anda dapat diselesaikan dengan mudah; hanya dengan Herba Resdung Tok Aki! Herba Resdung Tok Aki dihasilkan daripada 100% ramuan tradisional terpilih yang dapat mengeluarkan segala lendir yang terkumpul di dalam rongga hidung punca segala masalah! Sesuai untuk mereka yang sering gatal-gatal di bahagian muka, hidung, telinga dan mata serta hidung tersumbat. Calitkan sedikit herba di hujung jari dan sapukan pada rongga dalam hidung kiri dan kanan.
  2. TINGKATKAN DAYA TAHAN TUBUH ANDA! Bila dah selesai keluarkan semua lendir punca resdung, jom amalkan Jus Herba Tok Aki setiap hari untuk meredakan alergi sensitif kepada persekitaran dan makanan yang berpunca dari resdung. Diperkaya dengan khasiat semulajadi buah-buahan, Jus Herba Tok Aki membantu meningkatkan imuniti badan dan mencegah tanda-tanda awal resdung dari dalaman dengan selamat dan tanpa kesan sampingan. Juga sesuai untuk kanak-kanak!
  3. HINDARI RESDUNG PUNCA JERAWAT! Sabun Herba Tok Aki membantu membersihkan muka anda secara lembut dan efektif, bebas dari segala minyak dan sel kulit mati. Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat dan gatal-gatal muka.

KLIK SINI UNTUK PEMBELIAN PRODUK HERBA TOK AKI!

Jangan biarkan hidup anda terganggu dengan alahan resdung. Anda masih ragu-ragu? Jom klik dan baca testimoni mereka yang sudah mencuba Herba Resdung Tok Aki! Salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah berpuasa.

Posted on

Kekal Hidrasi Ketika Berpuasa

Tak sampai setengah hari berpuasa dah penat? Tekak rasa kering, bila sampai waktu berbuka minum sampai bergelas-gelas air sejuk lepastu terasa senak. Tambah lagi dengan cuaca yang sekejap panas, sekejap mendung hujan yang tak menentu. Rasa lemau badan, tak bermaya dan bibir pun pecah-pecah.

Nak taknak kita memang kena jugak cuba minum air sebanyak yang mungkin kalau nak kekal produktif untuk menjalankan urusan setiap hari. Kalau yang tak biasa minum air putih banyak tu memang sengsara la kan? Sebab tu saya ingin kongsikan kepada anda bagaimana untuk berjaya minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari di bulan puasa ini :-

elak dahaga di bulan puasa maps-01

1. Minum 2 Gelas Air Ketika Sahur : Cuba untuk minum sekurang-kurangnya dua gelas air (suam dan bukan sejuk) ketika sahur kerana badan anda akan menghadapi keadaan berlapar dan dahaga seharian. Seeloknya campurkan beberapa biji kurma di dalam segelas air sebelum tidur dan biarkan. Air ini dikenali sebagai air Nabeez, salah satu sunnah Nabi yang boleh diikuti.

2. Minum air banyak di antara waktu berbuka dan sahur : Kerana kita berpuasa di siang hari, maka pada waktu malam, harus diamalkan pengambilan air yang banyak untuk menggantikan semula air yang hilang ketika kita berpuasa. Sentiasa sediakan segelas air di dalam bilik untuk minum sekerap yang mungkin.

3. Pilih makanan dengan kandungan air yang tinggi : Ketika berbuka dan bersahur, dahulukan buah-buahan kerana ianya mempunyai kandungan air yang tinggi. Buah-buahan juga dapat membantu sistem pencernaan untuk bekerja lebih lancar.

4. Elak minum banyak ketika berbuka : Memang selalunya air yang akan dicapai dahulu, tetapi tahukah anda, lebih elok untuk berbuka dengan hanya segelas dua air panas? Ini untuk mengelakkan perut berasa kejang, terkejut dan sekaligus membuatkan anda berasa senak dan kurang selesa.

Cadangan minum air ketika puasa:

1 gelas selepas berbuka dengan kurma

1 gelas selepas makan nasi

1 gelas selepas solat Isyak

1 gelas selepas solat Terawikh

1 gelas setelah makan malam (moreh)

1 gelas sebelum tidur

1 gelas sebelum sahur

1 gelas selepas makan sahur

Nampak tak penting kan? Tapi air memang penting untuk memastikan tubuh kita sihat dan bertenaga untuk menempuhi ibadah seharian berpuasa. Tips ini bukan sahaja boleh diamalkan ketika bulan puasa, tetapi juga setiap masa – supaya hidup anda akan sihat sentiasa!

Salam Ramadhan dan selamat mencuba ya.

Posted on

Hilangkan Batuk Kanak-Kanak

Cabaran berpuasa ni bukan orang dewasa je yang rasa – cuba bayangkan kanak-kanak kecil yang menahan lapar dahaga. Risau bila mereka haus, takut dehydration, nanti tiba-tiba sakit pula. Biasanya bermula dengan batuk-batuk sikit kemudia melarat ke selesema dan demam. Macam mana nak sambut bulan Ramadhan satu keluarga kan?

Batuk ni nampak je tak serius sangat, tapi kesannya? Sangat merbahaya kepada kanak-kanak! Kanak-kanak mempunyai antibodi yang lebih rendah dan lebih senang dijangkiti penyakit terutamanya apabila sedang sakit. Infografik yang disediakan oleh pihak kami cukup jelas untuk memberitahu bahaya kesan batuk kalau dibiarkan :-

hilangkan batuk kanak2-01-01

Ubat-ubatan klinik pun sebenarnya bukan selalu akan memberi kesan yang bagus kerana badan kanak-kanak yang sangat sensitif dengan bahan-bahan ubat. Apa kata kali ini anda cuba petua-petua untuk melegakan batuk tanpa pengambilan ubat? Pilih mana-mana yang bersesuaian dengan keselesaan.

Kunyit

Tumbuk kunyit hidup dan sapukan kunyit tersebut di batang hidung dan dahi anak. InsyaAllah, selepas beberapa kali percubaan, hingus akan kering.

Bunga belimbing dan air beras

Bagi anak yang sudah makan makanan pejal, petua ini boleh dicuba. Ambil bunga belimbing dan campurkan dengan air didihan beras. Tapiskan dan kemudian beri anak minum.

Daun basil, daun oregano dan daun sirih

Daun basil juga dikenali dengan nama daun selasih dan daun oregano dikenali dengan nama daun bangun-bangun. Perah ketiga-tiga jenis daun ini dan ambil patinya. Minum sesudu untuk bayi yang sudah makan makanan pejal.

Lemon, halia dan madu

Perah lemon, hiris halia dan masukkan madu sehingga meliputi halia. Biarkan semalam di dalam peti ais. Boleh diberi minum kepada anak-anak yang berumur 2 tahun ke atas.

Garlic socks

Bakar bawang putih. Tumbuk dan letakkan di dalam stoking anak.

Mandian lemon

Ini petua menghilangkan batuk secara mandian yang dapat keringkan hingus bayi. Letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam mandian anak. Bau lemon dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi.

Minyak masak

Ini petua menghilangkan batuk, bukan petua dapur! Walaupun minyak masak selalu digunakan di dapur, ia juga boleh digunakan apabila anak batuk dan selsema. Sapukan minyak masak yang belum digunakan di batang hidung dan dada bayi bagi melegakan batuk dan hidung tersumbat.

Daun kaduk

Ramas daun kaduk dengan kapur dan sedikit air. Sapu di dada dan belakang bayi. Untuk yang duduk bandar, dan mahu praktikkan petua menghilangkan batuk tradisional ini, cubalah kenal-kenal dengan pokok herba.

Mudah kan? Jangan lupa ya, ada sesetengah petua yang harus diamalkan selalu untuk benar-benar memberi kesan. Tapi bila difikirkan semula kan, sebenarnya masalah kesihatan seperti batuk, selesema dan demam banyak berpunca daripada sistem pertahanan badan yang lemah.

Jadi apa solusinya?

output_yLjwaI

Jus Herba Tok Aki : Jus Campuran Minuman Botani, diperkaya dengan pelbagai khasiat semulajadi buah-buahan untuk membantu meningkatkan imuniti badan dan juga mencegah tanda-tanda awal resdung dari dalaman dengan selamat dan tanpa kesan sampingan. Tiada resdung, tiada lagi hidung tersumbat atau bersin di waktu pagi! Sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan yang teruk dan mahu mencegah gangguan resdung.

Dapatkan Jus Herba Tok Aki dengan harga promosi bulan Ramadhan di sini.

Selamat menunaikan ibadah puasa dengan cergas dan sihat bersama keluarga!

Posted on

Nafas Segar di Bulan Puasa

Nafas berbau?

Jangan beri alasan hanya kerana anda berpuasa maka boleh dibiarkan! Nafas berbau sebenarnya boleh diatasi dengan rutin penjagaan gigi yang betul. Bagaimana? Haa kadang-kadang pun kalau nak bertanya kepada kawan, kita pun rasa malu, kan? 

Berikut adalah beberapa tips dan petua untuk mempunyai nafas yang kekal segar di bulan puasa :
nafas berbau maps-01

  1.     Jangan lupa gosok gigi anda! Menggosok gigi tidak membatalkan puasa anda tau. Bersihkan mulut anda dengan berus gigi dan juga cecair pembersih mulut. setelah makan sahur dan lakukan dengan baik untuk memastikan tidak ada sisa makanan yang tertinggal di mulut. Anda bisa melakukannya saat berpuasa. asal tidak ada yang tertelan.
  2.      Ketika sahur, usahakan untuk minum air setidaknya 2 – 3 gelas. Minum banyak air dapat menghindarkan bau mulut selama berpuasa yang disebabkan oleh keringnya mulut. Minum banyak air juga akan menjaga tubuh tetap segar dan menghindarkan dehidrasi.
  3.      Berkumur terbukti membantu membersihkan mulut. Saat berwudhu sebelum sholat, berkumurlah dengan benar. Ini untuk membersihkan kotoran-kotoran dan bakteri di dalam mulut khususnya di sela-sela gigi. Sebagai tambahan, anda dapat menggunakanmouthwash (obat kumur) yang tidak mengandung alkohol. Alkohol tentu saja dilarang dan efeknya justru akan memperkering mulut. Pastikan anda tidak menelannya saat berkumur.
  4.      Umat muslim telah lama mengenal penggunaan siwak atau sikat gigi dari pohon siwak untuk membersihkan gigi dan lidah. Sejumlah penelitian internasional membuktikan bahwa siwak (atau miswak, sewak) sangat efektif untuk membersihkan mulut, dan tentu saja ini juga dianjurkan oleh Nabi SAW. Kini siwak digunakan sebagai bahan dalam berbagai jenis produk yang berkaitan dengan kesehatan dan kebersihan mulut.
  5.      Sebagai tambahan, konsumsi teh hijau pada saat sahur dan berbuka. Teh hijau mengandung zat aktif yang disebut catechin yang dapat membunuh bakteri di mulut, dan menghapus gula dari plak dan menghilangkan bakteri yang menyebabkan bau mulut. Teh bunga lavender juga terkenal mampu mengendalikan dan membunuh bakteri penyebab bau mulut.

Alamak! Dah cuba semua tips di atas tetapi nafas anda masih berbau? Jangan pelik kalau anda sebenarnya sudah gosok gigi berulang kali tapi nafas tetap berbau busuk! Kenapa ya?

Resdung!

Nafas berbau bukan hanya disebabkan anda tak gosok gigi sahaja tau, tetapi juga dari bahagian hidung, tekak, dan ruang mulut. Bila anda mempunyai resdung, tekak dan ruang mulut anda akan lebih senang dijangkiti kuman. Kahak kuning atau kehijauan akan mengalir dari ruang hidung lalu menitis ke belakang tekak.

15cy4e

Herba Resdung Tok Aki dapat menunjukkan kesan sepantas 5 minit (wow!) penggunaan tau! Hanya calit sedikit herba dan masukkan ke dalam rongga hidung, memang dijamin akan keluar lendir-lendir yang mengandungi kuman yang bersarang kat dalam.

Pernah kan rasa tertelan lendir yang berlebihan, pekat dan berbau kurang enak? Haa jangan ambil mudah! Perkara sebegini bukan sahaja mampu membuatkan anda tidak selesa, tetapi juga akan mengakibatkan pelbagai masalah dari sakit kepala, hidung tersumbat, sakit tekak, serak suara DAN nafas berbau.

Nak ke biarkan macam tu je ke?

Produk Herba Tok Aki sekarang ada promosi tau bersempena bulan puasa. Takkan lah nak dibiarkan ibadah puasa anda terganggu dengan masalah resdung? Tak berbaloi! Klik sini untuk pembelian solusi gangguan resdung anda dengan mudah!

 

Posted on

Kelebihan Kurma

Kurma bukan sahaja salah satu makanan sunnah, tetapi juga mempunyai pelbagai nutrien yang membuatkan ianya salah satu makanan yang ideal ketika berpuasa. Sesuai dimakan begitu sahaja, kurma juga boleh dijadikan sebagai jus, pencuci mulut dan juga dimakan bersama coklat, wow! 

Nak tahu apa lagi khasiat Kurma? Jom baca info di bawah dan kongsikan kepada rakan-rakan!

KELEBIHAN KURMA MAPS-01

Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera

Kurma mempunyai kandungan gula ringkas yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang! Kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta.  Kurma mudah dicerna dan ini menjadikan ianya sebagai makanan yang senang diterima oleh perut orang yang sedang berpuasa ketika berbuka. Kurma dapat mengurangi rasa lapar dan membuatkan anda tidak terburu-buru berbuka dengan juadah yang berlebihan.

Kaya dengan serat dan potassium

Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat, melebihi dari 100g pisang yang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Kandungan serat yang tinggi amat baik untuk melawaskan perut. Kurma juga mengurangkan sembelit dan dapat mengikis kolesterol.

Mengurangi tekanan darah
Kurma juga mampu menjaga agar tekanan darah anda sentiasa berada di paras yang selamat, tidak lupa juga untuk menjaga kesihatan jantung. Kurma juga mengandungi magnesium, tembaga, mangan, fosfor, kalium, zat besi, dan belerang. Sehingga kamu pun bisa meningkatkan kesehatan tubuhmu dengan makan kurma secara rutin tak hanya saat berpuasa saja. Kurma juga boleh mencegah Anemia, iaitu satu kondisi kekurangan sel darah merah. Juga mengandungi tanin sebagai salah satu bahan antioksida yang mampu mengurangkan alahan dan alergi.

Amboi banyaknya! Rasa macam nak makan kurma sekarang jugak kan? Tapi tak ada idea nak masak apa menggunakan kurma? Haa pernah dengar tak pasal bubur barli dan kurma? Barli sendiri pun mengandungi pelbagai khasiat dan apabila dicampurkan dengan Kurma – kombinasi nutrient terhebat! 

Antara bahan- bahan yang diperlukan untuk membuat bubur barli dan kurma ialah :

  • 1/2 cawan biji barli
  • 8 cawan air
  • 2-3sb sagu mata ikan
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 cawan santan
  • 8bj kurma
  • 1/2sk garam
  • 6sb gula

Rebus biji barli dengan air anggaran 8 cawan. Gunakan api sederhana kecil. Selepas 40minit masukkan sagu, tambah air jika perlu. Teruskan merebus sehingga biji barli lembut dan sagu betul-betul jernih. Kacau agar sagu tidak melekat pada periuk. Biji barli akan pecah sedikit, barulah betul-betul lembut. Biarkan sehingga air dalam periuk tinggal lebih kurang 2 cawan. Masukkan santan, daun pandan dan kurma. Masukkan garam dan gula. Kacau rata. Tambah gula jika suka lebih manis. Masak sehingga mendidih.

Selamat mencuba ya!

Posted on

Tips Bijak Berpuasa

Tengah penat? Rasa tak fokus padahal baru setengah hari berpuasa? Amboi, teruk benar bunyinya. Jangan jadikan berpuasa sebagai alasan untuk tidak jadi produktif tau! Sebenarnya tak ada masalah untuk kekal bertenaga dan sihat ketika sebulan berpuasa – asalkan kena caranya bila kita berpuasa.

Kadang-kadang kita terlepas pandang benda mudah yang memberi impak kepada badan kita ketika berpuasa. Mari lihat beberapa tips untuk berpuasa dengan bijak :

Puasa 1-01

Ketika Sahur

  • Ketika sahur sebaiknya hindari makanan yang manis atau terlalu banyak gula.
  • Paling baik ketika sahur adalah meminum susu dan air kosong, sebaiknya ketika bangun tidur, selepas sahur dan menjelang imsak.
  • Banyakkan makan buah-buahan dan makanan berkuah.
  • Elakkan dari bersahur dengan makanan segera, bergoreng atau makanan pedas kerana akan menganggu sistem pencernaan perut anda.
  • Untuk mendapatkan lebih tenaga, kisar 5-6 biji kurma sehingga menjadi jus dan minum. Tidak perlu tambah gula atau madu.

Saat Berpuasa

  • Bersabar dalam menjalankan kerja anda, dan jangan gopoh. Elakkan berasa tertekan (stress) kerana ini akan mengundang rasa lapar.
  • Ambil masa untuk berehat seketika, terutamanya sebelum masuk waktu zuhur. Tidur seketika (10-15minit) sudah cukup untuk buat badan terasa lebih segar.
  • Melakukan senaman ringan seperti peregangan atau berjalan kaki saat berpuasa sangat disarankan.
  • Alihkan pandangan ke warna-warna terang tapi lembut untuk melegakan ketegangan mata.

Waktu Berbuka

  • Segerakan berbuka. Dahulukan pengambilan kurma dan air kerana ini dapat meningkatkan paras gula dalam darah dan menjadikan anda rasa bertenaga. Jadi tidak perlu makan makanan yang lebih dari keperluan, kan?
  • Jaga adab ketika makan, terutama ketika berbuka beramai-ramai. Ambil makanan yang paling hampir dahulu dan kunyah secara tertib. Makan secara gelojoh boleh memberi kesan buruk kepada sistem penghadaman.
  • Elakkan dari berbuka dengan makanan segera, bergoreng atau terlalu masin. Ini akan menjadikan badan anda lesu, cepat letih dan penat.
  • Sebaiknya berbuka dengan sesuatu yang panas supaya badan anda rasa bertenaga semula dan perut akan kekal selesa. Bubur, sup atau susu panas (horlicks, milo, ovaltine etc) adalah contoh menu yang sesuai.

Waktu Malam

  • Cuba untuk tidak makan terlalu banyak pada waktu antara berbuka dan sahur. Ini untuk membiasakan dan untuk melegakan sistem pencernaan perut supaya lebih bersedia untuk berpuasa pada hari esoknya.
  • Elakkan dari berjaga terlalu lama. Tidur yang mencukupi dapat membantu badan anda untuk membekalkan tenaga untuk melakukan kerja-kerja seharian pada esok hari.
  • Hindarkan dari minum terlalu banyak air satu jam sebelum tidur.

Mudah kan sebenarnya untuk berpuasa? Sama-sama kita beramal di bulan Ramadhan ini ya! Selamat mencuba dan semoga ibadah berpuasa kita diterima.

Posted on

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Anda rasa lemah dan lesu di tempat kerja?

Sakit kepala dan rasa berdenyut terutamanya di bahagian muka?

Bosan berpantang makanan lagi di bulan Ramadhan?

Pastikan hari anda bebas dari gangguan resdung sepanjang bulan puasa dengan penggunaan Herba Resdung Tok Aki. Mudah, selamat dan melegakan dengan pantas! Dihasilkan dari 15cy4e100% ramuan semulajadi, Herba Resdung Tok Aki bertindak pantas dengan membuang lendir kotor punca resdung dalam rongga hidung dan tekak. Sesuai untuk mereka yang sering gatal-gatal di bahagian muka, hidung, telinga dan mata serta hidung tersumbat.

Cara penggunaan : Calitkan sedikit herba di hujung jari dan sapukan pada rongga dalam hidung kiri dan kanan. Guna dua kali sehari, pagi dan malam untuk minggu pertama. Untuk minggu seterusnya, guna apabila perlu sahaja.

15cy8w

Amalkan Jus Herba Tok Aki setiap hari untuk meredakan alergi sensitif kepada persekitaran dan makanan yang berpunca dari resdung. Diperkaya dengan khasiat semulajadi buah-buahan, Jus Herba Tok Aki membantu meningkatkan imuniti badan dan mencegah tanda-tanda awal resdung dari dalaman dengan selamat dan tanpa kesan sampingan.

Cara penggunaan : Minum 10ml jus herba dua kali sehari (mengikut sukatan bekas yang diberi di dalam kotak). Tidak perlu dibancuh.

Lengkapkan rutin anda dengan Sabun Herba Tok Aki untuk membunuh kuman resdung pengacau yang memeningkan kepala pada lapisan kulit muka! Dengan kelebihan ramuan susu beras, madu dan kayu manis,

Sabun Herba 3-01Sabun Herba Tok Aki membantu membersihkan muka anda secara lembut dan efektif, bebas dari segala minyak dan sel kulit mati. Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat dan gatal-gatal muka.

Cara penggunaan : Bilas muka dengan air terlebih dahulu. Gosok sabun pada tapak tangan hingga berbuih dan bersihkan muka. Bilas dan lap muka secara lembut. Guna 2-3 kali sehari mengikut kondisi muka.

Rangkaian produk Herba Tok Aki kini datang dengan harga promosi bersempena bulan Ramadhan Al Mubarak. Klik sini untuk pembelian solusi resdung di bulan puasa dengan mudah.

Resdung hilang, nak berpuasa pun senang!