Posted on

Eh betul ke ni?

Saya rasa masih ramai yang tak tahu beza antara selesema dan resdung. Bahaya tau! Sebab selesema dan resdung tu adalah dua masalah yang berbeza dan memerlukan ubat dan cara rawatan yang berlainan.Sebenarnya perbezaan antara selesema dan resdung adalah masa. Resdung ni biasanya berulang banyak kali dan melarat sampai lebih dari 10 hari. Kalau selesema je, biasanya akan sembuh sendiri dalam beberapa hari. Haa sebab tu la saya rasa penting untuk saya kongsikan tanda-tanda resdung ni. Jom baca dan kongsikan bersama ya!

TIPULAH, BUKAN RESDUNG NI FA

Jadi, apa yang akan dialami oleh penghidap resdung sebenarnya?

⇒ Bersin yang berpanjangan.

Ini memang salah satu tanda-tanda klasik bagi mereka yang menghidapi resdung, terutamanya di waktu pagi. Pernah tak anda bangun tidur dan terus bersin, tak berhenti pulak tu? Biasanya akan berlarutan hingga ke awal tengahari.

⇒ Hidung berair dan berhingus.

Bila dah asyik bersin, hidung mula akan terasa gatal. Mula lah rasa nak gonyoh hidung sampai merah, terus hidung jadi berair dan merah. Bila asyik keluar masuk tempat yang sejuk atau panas, hidung rasa berhingus dan tersumbat. Tak selesa kan?

⇒ Sakit di bahagian muka dan kepala

Pernah tak bila dah selalu sangat bersin dan hidung tersumbat ni, kepala terasa sakit dan berat? Kawasan mata pun rasa berdenyut dan gatal. Selalunya penghidap resdung akan rasa seperti ada benda merayap di mata (gatal) dan juga di kawasan hidung. Mata pun akan menjadi merah dan berair.

⇒ Nafas berbau

Resdung ni bukan sahaja memberi kesan kepada diri sendiri, tetapi juga kepada orang lain. Nafas berbau akan membuatkan mereka di sekeliling berasa tak selesa! Bayangkan anda di tempat kerja, ataupun ketika bersama rakan-rakan? Haa nafas berbau ni terjadi bukan sebab anda tak menggosok gigi pun, tetapi berpunca dari kuman. Nanti akan menjadi sakit tekak dan batuk-batuk pula!

Leceh kan kalau hampir setiap hari kita asyik mengalami benda yang sama, sekaligus pulak tu! Macam mana nak pergi kerja, nak uruskan keluarga lagi, nak luangkan masa untuk diri sendiri, nak berehat pun susah. Sebab tu jangan ambil remeh tau resdung ni, kalau dibiarkan, jangan menyesal pula bila melarat.

 Nak tahu penyelesaian mudah kepada masalah resdung anda? Klik sini!