Cabaran berpuasa ni bukan orang dewasa je yang rasa – cuba bayangkan kanak-kanak kecil yang menahan lapar dahaga. Risau bila mereka haus, takut dehydration, nanti tiba-tiba sakit pula. Biasanya bermula dengan batuk-batuk sikit kemudia melarat ke selesema dan demam. Macam mana nak sambut bulan Ramadhan satu keluarga kan?

Batuk ni nampak je tak serius sangat, tapi kesannya? Sangat merbahaya kepada kanak-kanak! Kanak-kanak mempunyai antibodi yang lebih rendah dan lebih senang dijangkiti penyakit terutamanya apabila sedang sakit. Infografik yang disediakan oleh pihak kami cukup jelas untuk memberitahu bahaya kesan batuk kalau dibiarkan :-

hilangkan batuk kanak2-01-01

Ubat-ubatan klinik pun sebenarnya bukan selalu akan memberi kesan yang bagus kerana badan kanak-kanak yang sangat sensitif dengan bahan-bahan ubat. Apa kata kali ini anda cuba petua-petua untuk melegakan batuk tanpa pengambilan ubat? Pilih mana-mana yang bersesuaian dengan keselesaan.

Kunyit

Tumbuk kunyit hidup dan sapukan kunyit tersebut di batang hidung dan dahi anak. InsyaAllah, selepas beberapa kali percubaan, hingus akan kering.

Bunga belimbing dan air beras

Bagi anak yang sudah makan makanan pejal, petua ini boleh dicuba. Ambil bunga belimbing dan campurkan dengan air didihan beras. Tapiskan dan kemudian beri anak minum.

Daun basil, daun oregano dan daun sirih

Daun basil juga dikenali dengan nama daun selasih dan daun oregano dikenali dengan nama daun bangun-bangun. Perah ketiga-tiga jenis daun ini dan ambil patinya. Minum sesudu untuk bayi yang sudah makan makanan pejal.

Lemon, halia dan madu

Perah lemon, hiris halia dan masukkan madu sehingga meliputi halia. Biarkan semalam di dalam peti ais. Boleh diberi minum kepada anak-anak yang berumur 2 tahun ke atas.

Garlic socks

Bakar bawang putih. Tumbuk dan letakkan di dalam stoking anak.

Mandian lemon

Ini petua menghilangkan batuk secara mandian yang dapat keringkan hingus bayi. Letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam mandian anak. Bau lemon dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi.

Minyak masak

Ini petua menghilangkan batuk, bukan petua dapur! Walaupun minyak masak selalu digunakan di dapur, ia juga boleh digunakan apabila anak batuk dan selsema. Sapukan minyak masak yang belum digunakan di batang hidung dan dada bayi bagi melegakan batuk dan hidung tersumbat.

Daun kaduk

Ramas daun kaduk dengan kapur dan sedikit air. Sapu di dada dan belakang bayi. Untuk yang duduk bandar, dan mahu praktikkan petua menghilangkan batuk tradisional ini, cubalah kenal-kenal dengan pokok herba.

Mudah kan? Jangan lupa ya, ada sesetengah petua yang harus diamalkan selalu untuk benar-benar memberi kesan. Tapi bila difikirkan semula kan, sebenarnya masalah kesihatan seperti batuk, selesema dan demam banyak berpunca daripada sistem pertahanan badan yang lemah.

Jadi apa solusinya?

output_yLjwaI

Jus Herba Tok Aki : Jus Campuran Minuman Botani, diperkaya dengan pelbagai khasiat semulajadi buah-buahan untuk membantu meningkatkan imuniti badan dan juga mencegah tanda-tanda awal resdung dari dalaman dengan selamat dan tanpa kesan sampingan. Tiada resdung, tiada lagi hidung tersumbat atau bersin di waktu pagi! Sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan yang teruk dan mahu mencegah gangguan resdung.

Dapatkan Jus Herba Tok Aki dengan harga promosi bulan Ramadhan di sini.

Selamat menunaikan ibadah puasa dengan cergas dan sihat bersama keluarga!

Share This