Posted on

Jerawat, Bersin & Nafas Berbau

Amboi, bukan setakat satu tapi tiga terus kombo pakej gejala penghidap resdung ni! Jangan ingat tanda-tanda di atas ini adalah normal tau! Mesti ada yang tak kena, lagi-lagi bila dah berlanjutan lama. Badan kita dah memang ada segala antibodi untuk melawan kuman dan penyakit, cuma berlainan mengikut individu tersebut sendiri.

Penat juga kan kalau asyik berbelanja besar untuk hilangkan jerawat, hari-hari berkotak tisu habis terutamanya di waktu pagi sebab bersin yang tak henti. Nafas berbau? Lagi lah malu! Rasa nak berjumpa dengan kawan dan meluangkan masa dengan keluarga pun jadi tak selesa.

Kesian juga saya tengok ada yang sanggup bersusah-payah ikat perut nak beli macam-macam produk. Berlainan jenis pulak tu. Produk jerawat lain, produk nafas berbau lain, aduhh. Haa sebab tu saya nak kongsikan bersama beberapa petua dengan anda, semoga dapat membantu!

Menghilangkan Jerawat

remove-pimple-on-chin

  • Bersihkan muka seperti biasa untuk menanggalkan kotoran dan sisa makeup. Selepas itu cuci muka dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri di muka. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan petua ini tiga kali seminggu untuk hasil yang berkesan.
  • Setelah membasuh muka, tutup muka dengan kain atau tuala yang agak lembab. Rapatkan muka ke wap nasi atau wap air panas selama beberapa minit. Kemudian gunakan penyegar muka.
  • Ambil sedikit kanji nasi dan sejukkan. Sapukan kanji nasi pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Selepas itu basuh muka dengan air suam. Seeloknya diamalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.
  • Jika berdepan dengan masalah jerawat sukar hilang, gunakan daun teh. Caranya rebus beberapa helai daun teh berwarna hijau. Ketika daun masih suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
  • Korang juga boleh tumbuk sedikit bunga melur bersama air hingga menjadi lumat. Selepas itu sapukan ke muka dan biarkan kering. Setelah kering basuh muka dengan air kelapa muda.
  • Amalkan basuh muka dengan air basuhan beras. Kemudian biarkan ia kering sendiri di muka. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan secara kerap.
  • Rendam segenggam beras hingga kembang. Kemudian toskan airnya. Ambil segenggam biji betik muda dan tumbuk bersama beras sehingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Bentukkan menjadi bebola yang kecil-kecil dan jemur sehingga kering. Setelah kering, boleh disimpan dalam bekas kedap udara. Cara memakainya, bancuh dengan air dan sapukan di seluruh bahagian wajah.

Menghentikan bersin yang berpanjangan

2169203610_077d85e6d7_b

  • Minum air panas selalu. Tak kira teh, kopi atau limau panas, asalkan panas dan berwap. Ini boleh membuatkan anda berasa lega dan ruang pernafasan terasa lapang.
  • Wapkan muka selalu, terutamanya apabila bersin telah melarat kepada selesema dan hidung berair. Rendam tuala di dalam air suam dan tekapkan di muka selama beberapa saat. Untuk lebih senang, letak air panas di dalam satu kole, tutup beberapa saat. Letak muka betul betul berhadapan/di atas kole dan buka sedikit supaya wap yang terkumpul kena pada muka.
  • Bersenam. Jika badan anda mulai rasa seram sejuk dan membuatkan anda sakit kepala, cuba untuk ‘stretching’ selama 5 minit dan berjalan sekurang-kurangnya 10 hingga 20 minit. Bukan sahaja anda akan berasa lebih tenang, ceria dan produktif, kesihatan anda juga terjaga!

Atasi nafas berbau

20140213_fogmosas

  • Penat dah gosok gigi berkali-kali tapi nafas anda tetap berbau? Amalkan berkumur dengan air garam setiap pagi selepas menggosok gigi. Mulut berbau ni selalunya berkaitan dengan bakteria yang terkumpul di dalam mulut, dan juga masalah tekak. Periksa di klinik berdekatan takut-takut ada sebarang jangkitan kuman di dalam mulut anda. Air garam bertindak sebagai antiseptik sahaja yang mengurangkan masalah nafas berbau.
  • Berkumur dengan minyak bijan. Pelik, tapi sebenarnya berkesan tau. Sekurang-kurangnya dua sudu besar minyak bijan dikumur dalam mulut selama yang boleh. Ada yang kata kena berkumur sampai 20 minit paling sekejap, tapi ikut kemampuan masing-masing lah ya. Asalkan amalkan setiap hari, pagi dan petang. Selepas seminggu pertama, jika anda konsisten berkumur hari-hari, boleh la kurangkan kepada dua hari sekali, atau selang sehari.

13119028_1710094129256549_1059988614636807849_nJERAWAT, SELALU BERSIN DAN NAFAS BERBAU?

AWAS, MUNGKIN RESDUNG ANDA SUDAH TERUK!

Patutlah kan bila dah puas cuba produk kecantikan sana sini, tak elok-elok juga.Disarankan anda amalkan penggunaan Herba Resdung Tok Aki untuk menyingkirkan punca gangguan resdung yang boleh mengakibatkan anda mengalami semua masalah di atas. Cuma sapu sedikit di dalam hidung dan semua lendir yang mengandungi kuman akan keluar dengan sendirinya!

KLIK SINI UNTUK PEMBELIAN PANTAS!

Selamat mencuba ya!