Kurma bukan sahaja salah satu makanan sunnah, tetapi juga mempunyai pelbagai nutrien yang membuatkan ianya salah satu makanan yang ideal ketika berpuasa. Sesuai dimakan begitu sahaja, kurma juga boleh dijadikan sebagai jus, pencuci mulut dan juga dimakan bersama coklat, wow! 

Nak tahu apa lagi khasiat Kurma? Jom baca info di bawah dan kongsikan kepada rakan-rakan!

KELEBIHAN KURMA MAPS-01

Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera

Kurma mempunyai kandungan gula ringkas yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang! Kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta.  Kurma mudah dicerna dan ini menjadikan ianya sebagai makanan yang senang diterima oleh perut orang yang sedang berpuasa ketika berbuka. Kurma dapat mengurangi rasa lapar dan membuatkan anda tidak terburu-buru berbuka dengan juadah yang berlebihan.

Kaya dengan serat dan potassium

Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat, melebihi dari 100g pisang yang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Kandungan serat yang tinggi amat baik untuk melawaskan perut. Kurma juga mengurangkan sembelit dan dapat mengikis kolesterol.

Mengurangi tekanan darah
Kurma juga mampu menjaga agar tekanan darah anda sentiasa berada di paras yang selamat, tidak lupa juga untuk menjaga kesihatan jantung. Kurma juga mengandungi magnesium, tembaga, mangan, fosfor, kalium, zat besi, dan belerang. Sehingga kamu pun bisa meningkatkan kesehatan tubuhmu dengan makan kurma secara rutin tak hanya saat berpuasa saja. Kurma juga boleh mencegah Anemia, iaitu satu kondisi kekurangan sel darah merah. Juga mengandungi tanin sebagai salah satu bahan antioksida yang mampu mengurangkan alahan dan alergi.

Amboi banyaknya! Rasa macam nak makan kurma sekarang jugak kan? Tapi tak ada idea nak masak apa menggunakan kurma? Haa pernah dengar tak pasal bubur barli dan kurma? Barli sendiri pun mengandungi pelbagai khasiat dan apabila dicampurkan dengan Kurma – kombinasi nutrient terhebat! 

Antara bahan- bahan yang diperlukan untuk membuat bubur barli dan kurma ialah :

  • 1/2 cawan biji barli
  • 8 cawan air
  • 2-3sb sagu mata ikan
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 cawan santan
  • 8bj kurma
  • 1/2sk garam
  • 6sb gula

Rebus biji barli dengan air anggaran 8 cawan. Gunakan api sederhana kecil. Selepas 40minit masukkan sagu, tambah air jika perlu. Teruskan merebus sehingga biji barli lembut dan sagu betul-betul jernih. Kacau agar sagu tidak melekat pada periuk. Biji barli akan pecah sedikit, barulah betul-betul lembut. Biarkan sehingga air dalam periuk tinggal lebih kurang 2 cawan. Masukkan santan, daun pandan dan kurma. Masukkan garam dan gula. Kacau rata. Tambah gula jika suka lebih manis. Masak sehingga mendidih.

Selamat mencuba ya!

Share This