Posted on

Manis & Berkhasiat!

“Tak suka makan ubat!”

Kalau kita sakit mesti kena telan pelbagai pil dan ubat yang pahit kan? Kadang-kadang sampai rasa bertambah sakit pulak jadinya! Haih, macam mana la nak sembuh kalau macam ni kan? Haa jangan risau, kali ini saya nak berkongsi satu bahan yang manis dan berkhasiat. Sesuai untuk dijadikan penawar ketika kita sakit – iaitu madu!

Tak percaya? Betul tau! Ramai yang ingat madu ni hanya sebagai pemanis makanan. Madu ni bukan sahaja salah satu makanan sunnah, tetapi jika diamalkan secara berterusan, boleh diguna pakai untuk mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit – termasuklah resdung!

Berikut adalah beberapa cara untuk menggunakan madu sebagai salah satu alternatif untuk menyihatkan badan dan mengurangkan alahan resdung :

  1. Madu & Bawang Putih

KHASIAT MADU 02

  • Kupas dan cincang halus 3-6 ulas bawang putih. Campurkan dengan 1-2 sudu madu. Amalkan minum 5 minit sebelum makan. Boleh juga campurkan sekali bersama minyak zaitun dan makan bersama biskut atau roti (seperti jem).
  1. Madu, Bawang & Lobak (radish)

KHASIAT MADU 03

  • Kupas dan cincang 6 ulas bawang putih. Cincang satu bawang besar dan 8 lobak. Campurkan kesemua bahan dalam mesin pengisar bersama satu cawan madu dan satu cawan jus lemon. Simpan di dalam peti ais, amalkan pemakanan dua sudu besar setiap hari. Untuk kanak-kanak, boleh juga campurkan 3 sudu besar jus tadi bersama satu sudu madu, diambil dua kali sehari.
  1. Madu & Lemon

KHASIAT MADU 04

  • Campurkan 1 sudu besar madu bersama 2 sudu teh jus lemon. Panaskan seketika campuran tersebut dan makan.
  • Masukkan 1 sudu besar jus lemon dan madu bersama dua sudu besar cuka epal di dalam bekas berisi 8 auns air suam. Kacau dan minum dua kali sehari untuk melegakan radang resdung. Boleh ditambah tiga ulas bawang yang ditumbuk.
  1. Madu & Halia

KHASIAT MADU 05

  • Kacau satu sudu teh halia yang telah dikupas dan dicincang halus bersama satu cawan air panas. Biarkan selama 15 minit. Tapis dan kacau, campurkan bersama satu sudu besar jus lemon dan madu. Amalkan minum dua kali sehari.
  • Jerang satu cawan air, dan kacau bersama satu sudu besar madu, 1-2 halia yang dicincang halus, 1 sudu teh serbuk kunyit, setengah cawan jus lemon, setengah sudu teh serbuk kayu manis, ¼ sudu teh lada hitam yang ditumbuk, dan secubit serbuk lada cayenne. Biarkan selama 10 minit, tapis dan minum.
  1. Madu & Air Garam

KHASIAT MADU 06

  • Kacau bersama madu dan garam di dalam air panas. Biarkan sejuk seketika. Ambil air tersebut dan lakukan istinshaq (memasukkan air ke dalam rongga hidung).
  1. Madu & Lada Hitam

KHASIAT MADU 07

  • Tumbuk halus satu sudu teh lada hitam dan campurkan dengan satu sudu besar madu. Kacau bersama di dalam satu cawan air panas yang mendidih. Biarkan selama 10 minit dan minum. Boleh juga tambahkan jus lemon dan halia yang telah dikisar bersama.
  1. Madu, Badam & Kismis

KHASIAT MADU 08

  • Rendam 7 biji kacang badam dan 7 biji kismis di dalam satu bekas air semalaman. Makan kacang dan kismis tersebut di awal pagi. Lebihan air rendaman tersebut campurkan dengan 1 sudu teh madu dan minum. Amalkan setiap hari.

Wow! Banyak kan cara nak guna madu ni? Pilih je yang mana satu!

Tapi ada satu masalah lagi yang sering saya dengar – ” tak cukup masa!”

Kadang-kadang kita ni sibuk dengan kerja dan keluarga sampai tak ingat nak jaga kesihatan sendiri. Memang lah banyak petua yang mudah dan senang, kalau diikutkan segala macam daun, buah atau sayur memang boleh dicari dan dibeli. Tapi kalau tak cukup masa? Rasa bila dah sampai rumah tu memang tinggal tunggu lelap mata aja!

Herbs_Garlic_Pepper_Turmeric_Rosemary_wallpaper EDIT

Haa sebab tu lah Jus Herba Tok Aki dihasilkan dengan pelbagai ramuan terpilih – termasuklah madu! – untuk membantu mereka yang tak menang tangan nak uruskan pelbagai urusan dan pada masa yang sama amat mementingkan kesihatan!

Juga mengandungi ekstrak Acai Berry dan jus buah delima, Jus Herba Tok Aki boleh diamalkan untuk mencegah resdung dari dalaman dan meningkatkan imun badan untuk melawan penyakit! Haa penting kan? Dan Jus Herba Tok Aki ni boleh dimakan seisi keluarga – anak-anak anda atau adik kecil pun boleh berkongsi manfaat yang sama hanya dari satu botol!

Jimat, mudah dan senang kan? Hanya minum dua kali sehari mengikut sukatan yang telah ditetapkan. Jus Herba Tok Aki dibuat daripada kandungan berkualiti dan semulajadi, selamat dan tiada kesan sampingan! Penuh berkhasiat dan mempunyai rasa anggur yang mesra semua peringkat usia.

Jangan risau lagi, kesihatan anda keutamaan kami! Jom cuba Jus Herba Tok Aki!