Pernah tak ditegur muka anda kelihatan pucat dan penat? Kadang-kadang kita ingat muka kita ni tak ada masalah, tapi perasan tak muka kita tidak berseri? Wajah nampak tak bermaya dan tona kulit pun tidak sekata. Haa ini kerana bukan masalah jerawat saja yang mengganggu kondisi muka anda – tetapi juga kulit kusam!

Mereka yang mempunyai kondisi kulit muka kusam bukan sahaja akan sentiasa nampak letih, tetapi juga lebih tua dari usia sebenar!  Cuba lihat jika anda mempunyai tanda-tanda kulit kusam seperti di bawah :

1) Kemunculan Garis-Garis Halus Pada Kulit Wajah

Kulit yang kusam akan melajukan proses penuaan pada kulit wajah. Individu yang mempunyai kulit yang kusam akan lebih cepat mendapat kedutan di kulit wajah menyebabkan mereka kelihatan lebih berusia.

2) Lingkaran Gelap Di Bawah Mata

Lingkaran gelap yang sering dikaitkan sebagai ‘mata panda’ bukan sahaja berpunca dari kurang tidur tetapi ia juga terjadi akibat kulit yang kusam. Ini mungkin disebabkan oleh amalan makanan yang tidak seimbang yang menyebabkan kekuangan nutrisi.

3) Kulit Kelihatan Kering

Kulit akan kelihatan kering dan tidak segar. Bila disentuh, kulit akan rasa lebih kasar. Ini terjadi akibat kurang minum air lebih-lebih lagi ketika cuaca panas terik.

4) Kulit Wajah Berminyak

Kulit wajah yang jenis berminyak akan memudahkan kotoran dan debu melekat padanya. Ini akan membuatkan kulit anda kelihatan kusam dan kurang bermaya. Untuk anda yang mempunyai masalah berminyak disyorkan agar anda mengutamakan penjagaan wajah yang betul.

5) Kemunculan bintik atau jerawat kecil

Satu lagi tanda kulit kusam adalah bila kulit anda kasar akibat kehadiran jerawat-jerawat kecil ataupun digelar sebagai jerawat nasi. Jika tidak dirawat, ia akan meninggalkan parut-parut jerawat yang tidak diingini di wajah anda.

Kulit kusam biasanya berpunca dari penggunaan produk yang tak sesuai dengan kulit muka, kurang minum air (dehidrasi), dan kulit selalu terdedah kepada udara kotor dan sinaran matahari yang teruk.

Cuaca negara kita pun sekarang tak menentu. Perubahan udara sejuk dan panas memang akan memberi kesan yang teruk kepada kulit kita. Nak beli dan cuba produk lain pun takut kalau tak sesuai, kan? Jadi seeloknya bila pulang ke rumah sebelum tidur, kulit muka kita harus ‘dimanjakan’ dengan memakai masker!

Haa jangan susah-susah beli produk masker muka di luar! Buat aja sendiri di rumah menggunakan bahan bahan di bawah:

  • Betik

BETIK & MADU-01

Kisar sepotong betik yang telah dibuang biji dan campurkan dengan 1 sudu makan madu. Gaul ramuan sehingga sebati. Kemudian sapukan pada wajah dan biar kering selama 15-30 minit. Selepas itu, bersihkan wajah dengan air suam.

  • Tomato

TOMATO & MADU-01

Belah sebiji tomato dan gosokkan pada wajah. Biarkan selama 15-30 minit. Kemudian baru dibilas dengan air suam.

  • Timun

TIMUN & MADU-01

Potong mentimun secara nipis. Tampalkan pada keseluruhan muka dan dibiarkan selama 15-30 minit. Kemudia baru dibilas dengan air suam.

  • Epal

EPAL & MADU-01

Kisar sebiji epal yang telah dibuang kulit dan biji. Campurkan dengan 1 sudu makan madu.Gaul sehingga ramuan sebati dan barulah disapukan pada wajah. Biarkan selama 15-30 minit. Selepas itu bilas dengan air suam.

  • Strawberry

STRAWBERRY & madu-01

Kisar 3 biji strawberry dan campurkan dengan 1 sudu makan madu. Sapukan pada wajah dan biarkan selama 15-30 minit. Kemudian barulah dibilas dengan air suam.

  • Lobak Merah

lobak merah & madu-01

Kisar sebatang lobak merah dan campurkan 1 sudu makan madu. Kemudian sapukan pada wajah dan biar selama 15-30 minit. Selepas itu barulah dibilas dengan air suam.

Senang dan mudah kan? Masker wajah ini bertujuan untuk memberi kelembapan dan nutrient bahan yang digunakan kepada muka. Tapi harus ingat! Jangan pakai masker tanpa bersihkan muka terlebih dahulu. Nanti segala kotoran dan habuk akan terus melekat dan meresap ke kulit muka tau!

Solusi yang mudah? Haa gunakan Sabun Herba Tok Aki dalam rutin pembersihan muka anda setiap hari! Bukan sahaja Sabun Herba Tok Aki ni adalah penyelesaian termudah anda untuk menghindari gangguan jerawat hasil dari kuman resdung, tetapi juga boleh digunakan setiap hari untuk membuang kotoran secara lembut dan efektif.

Kenapa?

sabuntokaki

“HINDARI RESDUNG PUNCA JERAWAT“

Sabun Herba Tok Aki dihasilkan daripada ramuan herba terpilih, madu dan juga susu beras – kesemua khasiat yang bermanfaat untuk memastikan kulit anda kekal lembut, bersin dan juga bebas dari sebarang kotoran!

KLIK SINI UNTUK PEMBELIAN SEGERA !

Mudah kan sebenarnya mahu menjaga kulit ni, nak taknak dan rajin malas sahaja yang membezakan tau.  Jangan biarkan aja kulit muka anda rosak dan tidak bermaya! Selamat mencuba ya!

 

Share This