Posted on

Pesakit Resdung Harus Baca Tips Lengkap Ini Sebelum Bertambah Kronik

pesakit resdung

Sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita dimana ramai daripada kenalan atau mungkin anda sendiri mengalami masalah resdung. Masalah yang bermula sejak kecil atau remaja buat sesetengah individu ini kadangkala membuatkan seseorang itu sudah menjadi terbiasa dengan masalah yang dihadapinya.

Masalah resdung ini meskipun tidak memberi masalah yang serius buat sesetengah individu, namun secara tidak langsung membuatkan seseorang itu berasa tidak selesa dengan menghadapinya.

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan terdapat juga individu yang mengalami masalah resdung yang serius dimana mereka sukar untuk tidur berikutan penyakit yang berlarutan hingga beberapa hari.

Pada kali ini, kami ingin membantu anda merungkai segalanya mengenai masalah resdung meliputi punca punca resdung, tanda simptom penyakit resdung, tips rawatan resdung dan pantang larang buat anda yang mengalami masalah ini.

Punca-punca berlakunya resdung

1. Virus

Seringkali apabila seseorang mengalami masalah melibatkan selsema, antara simptom-simpton yang sering dikaitkan adalah virus yang membuatkan tisu rongga hidung membengkak. Siapa sangka dengan hanya virus seseorang berpeluang menjadi penghidap resdung apabila hidung tersumbat

2. Alergik (Alahan)

Pernahkah anda melihat muka seseorang bengkak disebabkan alahan. Alahan atau alergik ini berlaku apabila seseorang memakan makanan yang tidak sesuai buat dirinya. Makanan yang sering menjadi punca alergik buat penghidap resdung selalunya adalah makanan laut atau seafood.

Selain makanan laut, habuk atau hama juga membuatkan resdung seseorang menjadi lebih teruk.

Oleh yang demikian adalah lebih baik dan dinasihatkan buat penghidap resdung untuk sentiasa membersihkan kawasan bilik, rumah serta ruangan yang kerap anda berada bagi memastikan masalah melibatkan resdung anda tidak menjadi semakin teruk berikutan alahan.

3. Kuman bakteria

Seringkali orang ramai pandang enteng dengan dengan masalah melibatkan selsema. Walau bagaimanapun sekiranya anda mengalami masalah selsema dan masih belum sembuh meskipun sudah 10 hingga 15 hari, besar kemungkinan bakteria telah masuk campur dalam peperangan melawan sistem pertahanan badan bersama virus.

Jangkitan bakteria jarang menyebabkan jangkitan pada ‘sinus’ akan tetapi selalunya memburukkan lagi keadaan jangkitan sedia ada. Bakteria selalunya menjadi jangkitan kedua selepas virus. Hasil kajian ini dibuat oleh William J. Hueston (MD, Prof dan Pengerusi Department of Family Medicine) dari Universiti Perubatan Carolina Selatan, Charleston.

 Menurutnya lagi, kemungkinan besar bakteria yang campur tangan ini adalah dari Streptococcus pneumonia atau Haemophilus influenza.

#4- Ketumbuhan Di Hidung

Polip hidung adalah kecil, ketumbuhan benigna yang membesar dari hidung atau tisu ‘sinus’. boleh menyebabkan saluran ‘sinus’ tersumbat lalu menghalang mukus dari keluar jika bengkak terlalu teruk. Ini akan mengakibatkan jangkitan ‘sinus’ atau resdung.

Polip Hidung – Polip di dalam rongga hidung akan menghalang laluan udara yang boleh menyebabkan sakit kepala. ‘Batu permata’ kecil ini juga akan menghalang laluan udara yang boleh menyebabkan sakit kepala akibat kekurangan oksigen ke otak.

Menurut Dr Hueston, alahan kronik yang berpanjangan boleh menyebabkan pembengkakkan jangka panjang dan meninggalkan parut di laluan hidung lalu menghasilkan polip. Mereka yang mempunyai masalah polip hidung biasanya akan kehilangan deria bau.

#5- Pencemaran Udara

Kami yakin orang ramai khususnya mereka yang bekerja menaiki kenderaan awam di tempat yang sesak pernah mengalami masalah ini. Pencemaran udara disebabkan jerebu atau karbon monoksida secara tidak langsung bakal membuatkan seseorang mengalami masalah batuk, ketidakselesaan pada hidung dan menyebabkan keradangan yang sekaligus meningkatkan risiko kepada resdung. Laporan ini turut diperakui oleh Dr Bains.

Selain itu, terdapat juga individu yang turut alergik kepada bau minyak wangi atau pewangi kereta yang kuat berikutan bahan kimia yang terkandung di dalamnya.

#6- Mandi di kolam renang

Pernahkah anda mandi di kolam renang seterusnya anda mengalami masalah melibatkan resdung. Meskipun aktiviti berenang ini menyihatkan badan, perkara ini mungkin memudaratkan sesetengah individu.

Hal ini berikutan kandungan klorin yang tinggi di dalam kolam renang boleh merangsangkan lapisan hidung dan dinding sinus sekaligus membuatkan seseorang mengalami resdung.

Semuanya bermula apabila anda melakukan aktiviti menyelam dimana tekanan air akan bertambah dengan kedalaman air yang diselam. Tekanan yang tinggi boleh menolak air untuk masuk ke dalam rongga ‘sinus’ tanpa sengaja.

#7- Jangkitan Kulat (Fungi)

Siapa sangka, individu yang sihat juga boleh mengalami masalah resdung berikutan sistem imunisasi diri yang lemah. Meskipun kes ini merupakan kes sangat jarang berlaku, jangkitan kulat antara faktor seseorang mengalami resdung. Difahamkan masalah ini berlaku apabila sistem imunisasi seseorang lemah sekaligus merangsang kulat atau fungi untuk membesar pada kawasan yang gelap dan lembab seperti di rongga sinus.

Kulat yang sering dikaitkan dengan resdung adalah Aspergillus. Bagi sesetengah individu, resdung kronik boleh berlaku akibat dari tindakbalas alahan terhadap kulat.

#8- Rokok

Seperti udara yang tercemar, begitu juga dengan asap rokok. Sekiranya anda mengalami resdung, ketahuilah asap rokok yang dihisap ataupun dihidu mampu meningkatkan risiko jangkitan di dinding ‘sinus’.

Keadaan yang menjadi lebih kronik buat penghidap resdung yang menghisap rokok kerana mampu merosakkan sistem pembersihan hidung semula jadi dengan asap rokok yang disedutnya.

Semuanya disebabkan kandungan di dalam rokok dan asap rokok yang mampu memberi kesan kepada sistem pernafasan di dinding ‘sinus’ yang turut menyumbang kepada pembengkakkan dan penyumbatan saluran hidung terutamanya ketika selsema.

#9- Kekurangan air di dalam badan

Kerap kali apabila anda berjumpa dengan doktor serta memberitahu mengenai masalah melibatkan demam atau resdung, doktor menasihati dan bertayakan mengenai jumlah air kosong yang diambil anda.

Masalah bakal berlaku apabila mukus terperangkap di dalam rongga hidung dalam jangka masa yang agak panjang, kandungan air akan tersejat lalu menyebabkan mukus semakin pekat. Hasilnya akan menyumbang kepada gejala resdung yang lebih teruk.

Oleh yang demkian, penghidap resdung dinasihati untuk mengambil air kosong secukupnya setiap hari. Doktor biasanya menasihati pesakit untuk sentiasa memastikan kandungan air adalah cukup bagi mengawal kelembapan semulajadi di dalam rongga hidung dan ‘sinus’.

#10- Struktur Hidung

Kes seperti ini jarang berlaku namun masih ada individu yang mengalaminya. Risiko untuk mendapat jangkitan ‘sinus’ adalah tinggi apabila seorang individu dilahirkan dengan keadaan struktur hidung dan ‘sinus’ yang berbeza dari normal atau dengan polip.

Menurut Dr Hueston, saluran yang sempit, tumor dan lelangit yang terbuka boleh menutup bukaan di rongga ‘sinus’ lalu menghalang pembuangan mukus. Mukus yang gagal dibuang inilah yang menambah risiko jangkitan bakteria pada ‘sinus’. Dalam kes sebegini, pembedahan adalah pilihan yang ada untuk memulihkan keadaan pesakit.

 

Di bawah merupakan simptom yang perlu anda awasi dan segera berjumpa doktor terdekat untuk rawatan lanjut.

  • Muncul mukosa atau lendir berwarna kuning atau hijau daripada hidung.
  • Wajah akan terasa berat dan sakit di sekitar dahi, mata, dan dagu, terutama apabila ditekan.

  • Kerap bersin dan selsema.

  • Demam dengan suhu 38 ° Celsius atau lebih.

  • Sakit gigi dan sakit kepala.

  • Mengalami masalah untuk mencium sesuatu dimana deria bau bermasalah.

  • Hidung kerap tersumbat.

  • Nafas berbau.

  • Mata gatal.

  • Tidur berdengkur.

  • Rambut berkelemumur.

  • Timbul jerawat.

  • Batuk sehingga kerongkong dan anak tekak gatal.

  • Telinga sering tersumbat.

  • Lelehan air atau mukus keluar melalui hidung.

  • Gatal mata apabila digaru, menjadi merah berair.

  • Kerap bersin dengan melampau.

  • Lendir dan kahak hingga sukar dihembus keluar.
pesakit resdung

Kesan resdung jika tidak mendapatkan rawatan dengan betul

 

Resdung jika tidak dirawat dengan betul akan memberi kesan serius kepada penghidap sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Antara akibat resdung kepada kanak-kanak ia boleh merebak ke dalam mata hingga menyebabkan jangkitan bakteria dan mata bernanah. Dalam kes sangat kronik, resdung boleh menyebabkan buta.

Buat para dewasa, resdung kronik boleh menyebabkan nanah bertakung dalam ruang sinus frontal atau pada bahagian depan. Jika nanah tidak dapat dikeluarkan dari hidung, ia boleh dipenuhi bakteria.

Risikonya bakteria boleh memasuki otak dan menyebabkan jangkitan pada otak atau meningitis dan jika dibiarkan boleh membawa maut. Perkara yang disebutkan ini tertakluk keadaan kronik masalah resdung yang dihadapi seseorang.

Ini 7 cara untuk mencegah radang resdung

  1. Elak memelihara binatang berbulu khususnya di dalam rumah kerana bulu-bulu haiwan ini mampu melekat pada perabot rumah anda.

  2. Elakkan guna guna sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang. Perkara ini secara tidak langsung bakal merangsang masalah resdung anda.

  3. Adalah lebih baik sekiranya anda kerapkan bersihkan karpet atau permadani menggunakan penyedut hampagas untuk mengelakkan daripada sebarang habuk dan hama.

  4. Pakai penutup hidung ketika mengemas rumah.

  5. Pastikan anda banyak mengambil air kosong atau mineral setiap hari.

  6. Lap muka dengan tuala basah dan air suam.

  7. Elak makan makanan laut seperti udang, sotong dan kerang.

 

Cara merawat resdung menggunakan petua tradisional

Masalah resdung ini sudah pun berlarutan sejak berabad lamanya. Masalah ini nampaknya semakin serius ketika ini berikutan gaya dan rutin manusia kini. Pada kali ini kami ingin kongsikan kepada anda cara-cara merawat resdung menggunakan petua tradisional di rumah.

#1- Gunakan cuka epal dan madu

Cara pertama adalah dengan menggunakan cuka epal dan madu. Ambil tiga sudu makan cuka epal, masukkan ke dalam secawan air panas atau teh. Tambah limau dan madu secukupnya lalu minum tiga kali sehari.

#2- Lidah buaya

Tahukah anda, lidah buaya juga boleh dipakai sebagai salah satu cara hilangkan resdung? Ini disebabkan lidah buaya mengandungi sifat antiseptik. Caranya adalah dengan menitiskan lendir atau gel lidah buaya pada hidung. Agar lebih berkesan minumlah rebusan lidah buaya secara teratur.

#3- Mampatkan bahagian pipi dengan air suam

Cara hilangkan resdung yang ketiga adalah dengan memampatkan bahagian pipi dengan air hangat. Mudah sahaja dengan basahkan tuala ke dalam air lalu perah airnya. Letakkan tuala untuk menutupi wajah anda.

Minum air mineral dengan banyak juga dapat membantu merawat resdung. Air akan bekerja membantu mendorong lendir keluar dengan cara mencairkanya. Harus diingat elakkan minum alkohol, kafein, minuman, manis, dan jangan merokok.

 Semua zat pada minuman itu boleh menyebabkan lendir menebal dan menyumbat pada saluran pernafasan sehingga mencetuskan keradangan lebih teruk.

#4- Cuci wajah dengan limau nipis dan daun pandan

Selain itu, anda juga boleh merawat resdung dengan menggunakan limau nipis dan pandan. Apa yang perlu ada sediakan adalah 8 biji limau nipis dan 10 helai daun pandan yang dihiris halus-halus. Seterusnya perah buah limau hingga menghasilkan air limau yang banyak. Campurkan air perasan limau dengan daun pandan.

Ramas daun pandan beberapa minit sehingga air berubah menjadi kehijauan. Tapiskan sampai tertinggal air saja. Basuh atau cuci muka terlebih dahulu. Basuhkan air tadi ke wajah Anda, elakkan terkena mata atau bibir. Tunggu wajah kering lalu sapukan lagi. Lakukan setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik. Selepas selesai cuci wajah anda dengan air biasa.


Cara merawat resdung menggunakan petua moden

Buat anda yang lebih selesa menggunakan petua moden yang jauh lebih mudah, kami kongsikan juga beberapa perkongsian daripada pengguna twitter iaitu Reena Razak  yang berjaya mengurangkan masalah resdung mereka.

#1- Clarinase

penawar resdung

Beliau mencadangkan penghidap resdung untuk menggunakan ubat yang diberi nama Clarinase. Clarinase hadir dengan dua jenis yang bertahan untuk 12 jam dan 24 jam. Ubat mudah untuk didapatkan di mana-mana farmasi berdekatan.

#2- Sterimar

penawar resdung

Selain itu, Sterimar juga sangat bagus untuk membersihkan hidung. Meskipun agak pedih tetapi bagus dan hidung rasa ‘clear’. Sterimar hadir dengan dua jenis iaitu untuk nasal congestion manakala sebuah lagi adalah nasal hygiene. Sterimar Boleh digunakan 2-4 kali sehari dan boleh dapatkan di farmasi.

#3- NeilMed

NeilMed juga dikatakan antara ubat yang sangat mujarab berdasarkan kegunaan beliau. Pengguna hanya perlu picit botol itu dekat sebelah lubang hidung dan air akan keluar sekali dengan lendir di lubang hidung sebelah lagi.

Anda boleh baca arahan dan ikut arahan yang diberikan sebab ia sangat penting untuk kebersihan anda. Difahamkan NeilMed mempunyai banyak jenis namun jenis ini yang paling mampu milik dan mudah.

#4- Aztec Mask

resdung

Terakhir, bonus untuk anda hilangkan jerawat resdung yang degil itu anda boleh gunakan produk Aztec Mask. Difahamkan produk ini sudah lama di pasaran dan sudah diketahui ramai. Walau bagaimanapun, diharap pengguna berhati-hati dan mendapatkan produk yang original dan elakkan Aztec Mask palsu. Jerawat kering dan parut juga cepat hilang. Selepas guna, muka anda berasa seperti baru lepas facial.

Kesembuhan yang berlaku adalah dengan izin Allah melalui mukjizat al-Quran. Kemuliaan dan kelebihan al-Quran dalam penyembuhan penyakit adalah rahmat kepada orang yang memahami dan menyedari rahsia kehebatan mukjizat al-Quran.

ayat penawar resdung

* Surah An-Nahl ayat 66 hingga 74

* Surah Al-Anfaal ayat 36 hingga 50

Pesakit hendaklah membaca surah pertama tiga kali pada malam dan surah kedua tiga kali pada siang. Amalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu berdoa kepada Allah untuk penyembuhan.

Dalam pengalaman saya mengubati penyakit fizikal, selalunya ayat dari Surah Al-Anfaal mempunyai hikmah dan keupayaan penyembuhan seumpama antibiotik. Ayat dari Surah An-Nahl berfungsi menguatkan daya pertahanan diri tubuh badan.

Insya-Allah gabungan amalan dua surah ini boleh membantu mengatasi masalah resdung. Percayalah bunyi bacaan al-Quran memiliki aura dan gelombang suara yang berfrekuensi tertentu dan panjang gelombang tertentu.

Gelombang ini mempengaruhi sel dalam tubuh badan kita secara positif dan mengembalikan keseimbangan tubuh. Gelombang dan aura kalimah suci memberi kesan positif kepada sel antibodi dan juga menguatkan sistem pertahanan tubuh badan.

Dalam erti kata lain, rawatan menggunakan ayat al-Quran ini bertindak umpama rawatan moden, namun prosesnya tidak mampu dilihat dengan mata kasar atau dijelaskan dengan logik akal.

Bermacam cara untuk merawat resdung yang dapat dilihat pada masa kini sama ada dengan petua tradisional untuk mencegah penyakit ini atau dengan ubat resdung terbaik yang di beli dari farmasi. Namun, kaedah rawatan yang paling berkesan dan mujarab sama ada cara Islam atau cara kampung boleh dicuba sebagai ikhtiar atau cara untuk menghilangkan penyakit sinus ini.

Walau bagaimanapun, sekiranya tahap resdung anda masih lagi di peringkat awal, anda boleh merawatnya dengan mengikut beberapa petua yang dapat diamalkan untuk mengurangkan kesakitan dan mencegah penyakit ini dengan cepat dan berkesan. Amalan yang konsisten dan tidak mengabaikan cara rawatan pasti akan membuahkan hasil yang memuaskan.

Jika anda ingin mencuba alternatif dari Herba Tok Aki, boleh terus ke halaman dengan klik di sini.