Wow, ramai yang berbelanja besar sebab nak jaga muka. Yela, semua orang nak kulit cantik, taknak berparut, dan nak awet muda. Kalau tak pun, biarlah kita kekal sihat, kan? Zaman sekarang ni ramai yang banyak bergantung pada produk penjagaan kulit yang mahal, padahal sebenarnya boleh je kita amalkan petua-petua lama yang lebih selamat dan murah digunakan.

Jangan ingat herba-herba dan bahan semulajadi ni tak boleh nak cantikkan muka tau. Kalau tak, macam mana la orang dulu-dulu kekal cantik, bila dah tua pun tetap manis dipandang? Haa ni saya nak kongsikan beberapa petua penjagaan muka yang senang diamalkan!

1.Menghilangkan Jerawat

PENJAGAAN MUKA TRADISIONAL 02


a) Bersihkan muka seperti biasa untuk menanggalkan kotoran dan sisa makeup. Selepas itu cuci muka dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri di muka. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan petua ini tiga kali seminggu untuk hasil yang berkesan.

b) Setelah membasuh muka, tutup muka dengan kain atau tuala yang agak lembab. Rapatkan muka ke wap nasi atau wap air panas selama beberapa minit. Kemudian gunakan penyegar muka.

c) Ambil sedikit kanji nasi dan sejukkan. Sapukan kanji nasi pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Selepas itu basuh muka dengan air suam. Seeloknya diamalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

d) Jika berdepan dengan masalah jerawat sukar hilang, gunakan daun teh. Caranya rebus beberapa helai daun teh berwarna hijau. Ketika daun masih suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.

e) Korang juga boleh tumbuk sedikit bunga melur bersama air hingga menjadi lumat. Selepas itu sapukan ke muka dan biarkan kering. Setelah kering basuh muka dengan air kelapa muda.

f) Amalkan basuh muka dengan air basuhan beras. Kemudian biarkan ia kering sendiri di muka. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan secara kerap.

g) Rendam segenggam beras hingga kembang. Kemudian toskan airnya. Ambil segenggam biji betik muda dan tumbuk bersama beras sehingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Bentukkan menjadi bebola yang kecil-kecil dan jemur sehingga kering. Setelah kering, boleh disimpan dalam bekas kedap udara. Cara memakainya, bancuh dengan air dan sapukan di seluruh bahagian wajah.

2.Menghilangkan Parut di Muka

PENJAGAAN MUKA TRADISIONAL 05

a) Kisar atau tumbuk beberapa batang kulit kayu manis sehingga menjadi serbuk. Kemudian campurkan dengan sedikit air. Sapukan ke bahagian yang berparut. Amalkan secara kerap sehingga parut hilang.

b) Tumbuk atau kisar kulit kayu manis sehingga menjadi serbuk. Selepas itu campurkan dengan sedikit madu lebah. Setiap malam sebelum tidur, sapukan kebahagian yang berparut.

c) Kisar timun dan kemudian tapiskan airnya. Ambil hampas timun dan sapukan pada muka. Biarkan selama setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.

3. Kulit Muka Lembut dan Cerah

PENJAGAAN MUKA TRADISIONAL 06

a) Parutkan seketul ubi kayu dan sapukan pada muka. Biarkan sehingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air bersi . Amalkan secara kerap.

b) Campurkan kuning telur, parutan lobak merah dan sedikit jus limau nipis hingga sebati. Sapukan pada kulit muka dan biarkan kering. Selepas itu cuci muka dengan air bersih.

c) Parut sebiji kentang dan perah airnya. Sapukan pada muka. Biarkan kering kemudian cuci dengan air bersih.

 

Mudah kan? Semua petua di atas memang senang untuk dicari segala bahan yang diperlukan, tak payah risau! Tapi tahukah anda, sesetengah masalah kulit terutamanya di kawasan muka sebenarnya berpunca dari resdung? Sebab tu bila dah cuba seribu macam jenis produk penjagaan muka pun, memang naik jugak merah-merah dan jerawat kat muka!

Gangguan resdung akan jadi lebih teruk sebenarnya kalau dibiarkan, apatah lagi kalau cuba ditangani dengan produk yang salah. Alahan akan menjadi lebih teruk apabila dalam rongga hidung dipenuhi dengan segala macam lendir berkuman punca gangguan resdung, jadi kena keluarkan dahulu baru la nak tepek segala macam make-up dan semburan perfume. Kalau tak, memang rosak la kulit muka!

11049506_921000684643463_4434688240327241179_n

Herba Resdung Tok Aki memang dijamin kesan sepantas 5 minit untuk membersihkan hidung anda, biar keluar semua lendir pekat dan likat yang selama ini menjadi punca anda berjerawat, berkelemumur dan asyik bersin selalu! Cuma sapukan di dalam rongga hidung, mudah kan? Tak payah nak telan pil ke atau minum makan sebarang bahan yang pahit dan kurang enak.

Bila dah cuba Herba Resdung Tok Aki dan boleh bernafas dengan lega, boleh juga cuba Sabun Herba Tok Aki untuk mematikan semua jerawat-jerawat nanah kat kulit muka tu. Jangan risau, Sabun Herba Tok Aki ni dihasilkan daripada bahan-bahan terpilih, ianya akan membersihkan muka anda secara lembut, biar bebas dari kotoran minyak dan sel kulit mati tau!

Haa, lebih senang kan dari semua petua dan rutin amalan tradisional? Tapi tetap dengan khasiat dan kelebihan yang sama kerana produk Herba Tok Aki memang 100% selamat dan tiada kesan sampingan!

Selamat mencuba~

Share This