Posted on

Kekal Hidrasi Ketika Berpuasa

Tak sampai setengah hari berpuasa dah penat? Tekak rasa kering, bila sampai waktu berbuka minum sampai bergelas-gelas air sejuk lepastu terasa senak. Tambah lagi dengan cuaca yang sekejap panas, sekejap mendung hujan yang tak menentu. Rasa lemau badan, tak bermaya dan bibir pun pecah-pecah.

Nak taknak kita memang kena jugak cuba minum air sebanyak yang mungkin kalau nak kekal produktif untuk menjalankan urusan setiap hari. Kalau yang tak biasa minum air putih banyak tu memang sengsara la kan? Sebab tu saya ingin kongsikan kepada anda bagaimana untuk berjaya minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari di bulan puasa ini :-

elak dahaga di bulan puasa maps-01

1. Minum 2 Gelas Air Ketika Sahur : Cuba untuk minum sekurang-kurangnya dua gelas air (suam dan bukan sejuk) ketika sahur kerana badan anda akan menghadapi keadaan berlapar dan dahaga seharian. Seeloknya campurkan beberapa biji kurma di dalam segelas air sebelum tidur dan biarkan. Air ini dikenali sebagai air Nabeez, salah satu sunnah Nabi yang boleh diikuti.

2. Minum air banyak di antara waktu berbuka dan sahur : Kerana kita berpuasa di siang hari, maka pada waktu malam, harus diamalkan pengambilan air yang banyak untuk menggantikan semula air yang hilang ketika kita berpuasa. Sentiasa sediakan segelas air di dalam bilik untuk minum sekerap yang mungkin.

3. Pilih makanan dengan kandungan air yang tinggi : Ketika berbuka dan bersahur, dahulukan buah-buahan kerana ianya mempunyai kandungan air yang tinggi. Buah-buahan juga dapat membantu sistem pencernaan untuk bekerja lebih lancar.

4. Elak minum banyak ketika berbuka : Memang selalunya air yang akan dicapai dahulu, tetapi tahukah anda, lebih elok untuk berbuka dengan hanya segelas dua air panas? Ini untuk mengelakkan perut berasa kejang, terkejut dan sekaligus membuatkan anda berasa senak dan kurang selesa.

Cadangan minum air ketika puasa:

1 gelas selepas berbuka dengan kurma

1 gelas selepas makan nasi

1 gelas selepas solat Isyak

1 gelas selepas solat Terawikh

1 gelas setelah makan malam (moreh)

1 gelas sebelum tidur

1 gelas sebelum sahur

1 gelas selepas makan sahur

Nampak tak penting kan? Tapi air memang penting untuk memastikan tubuh kita sihat dan bertenaga untuk menempuhi ibadah seharian berpuasa. Tips ini bukan sahaja boleh diamalkan ketika bulan puasa, tetapi juga setiap masa – supaya hidup anda akan sihat sentiasa!

Salam Ramadhan dan selamat mencuba ya.

Posted on

Nafas Segar di Bulan Puasa

Nafas berbau?

Jangan beri alasan hanya kerana anda berpuasa maka boleh dibiarkan! Nafas berbau sebenarnya boleh diatasi dengan rutin penjagaan gigi yang betul. Bagaimana? Haa kadang-kadang pun kalau nak bertanya kepada kawan, kita pun rasa malu, kan? 

Berikut adalah beberapa tips dan petua untuk mempunyai nafas yang kekal segar di bulan puasa :
nafas berbau maps-01

  1.     Jangan lupa gosok gigi anda! Menggosok gigi tidak membatalkan puasa anda tau. Bersihkan mulut anda dengan berus gigi dan juga cecair pembersih mulut. setelah makan sahur dan lakukan dengan baik untuk memastikan tidak ada sisa makanan yang tertinggal di mulut. Anda bisa melakukannya saat berpuasa. asal tidak ada yang tertelan.
  2.      Ketika sahur, usahakan untuk minum air setidaknya 2 – 3 gelas. Minum banyak air dapat menghindarkan bau mulut selama berpuasa yang disebabkan oleh keringnya mulut. Minum banyak air juga akan menjaga tubuh tetap segar dan menghindarkan dehidrasi.
  3.      Berkumur terbukti membantu membersihkan mulut. Saat berwudhu sebelum sholat, berkumurlah dengan benar. Ini untuk membersihkan kotoran-kotoran dan bakteri di dalam mulut khususnya di sela-sela gigi. Sebagai tambahan, anda dapat menggunakanmouthwash (obat kumur) yang tidak mengandung alkohol. Alkohol tentu saja dilarang dan efeknya justru akan memperkering mulut. Pastikan anda tidak menelannya saat berkumur.
  4.      Umat muslim telah lama mengenal penggunaan siwak atau sikat gigi dari pohon siwak untuk membersihkan gigi dan lidah. Sejumlah penelitian internasional membuktikan bahwa siwak (atau miswak, sewak) sangat efektif untuk membersihkan mulut, dan tentu saja ini juga dianjurkan oleh Nabi SAW. Kini siwak digunakan sebagai bahan dalam berbagai jenis produk yang berkaitan dengan kesehatan dan kebersihan mulut.
  5.      Sebagai tambahan, konsumsi teh hijau pada saat sahur dan berbuka. Teh hijau mengandung zat aktif yang disebut catechin yang dapat membunuh bakteri di mulut, dan menghapus gula dari plak dan menghilangkan bakteri yang menyebabkan bau mulut. Teh bunga lavender juga terkenal mampu mengendalikan dan membunuh bakteri penyebab bau mulut.

Alamak! Dah cuba semua tips di atas tetapi nafas anda masih berbau? Jangan pelik kalau anda sebenarnya sudah gosok gigi berulang kali tapi nafas tetap berbau busuk! Kenapa ya?

Resdung!

Nafas berbau bukan hanya disebabkan anda tak gosok gigi sahaja tau, tetapi juga dari bahagian hidung, tekak, dan ruang mulut. Bila anda mempunyai resdung, tekak dan ruang mulut anda akan lebih senang dijangkiti kuman. Kahak kuning atau kehijauan akan mengalir dari ruang hidung lalu menitis ke belakang tekak.

15cy4e

Herba Resdung Tok Aki dapat menunjukkan kesan sepantas 5 minit (wow!) penggunaan tau! Hanya calit sedikit herba dan masukkan ke dalam rongga hidung, memang dijamin akan keluar lendir-lendir yang mengandungi kuman yang bersarang kat dalam.

Pernah kan rasa tertelan lendir yang berlebihan, pekat dan berbau kurang enak? Haa jangan ambil mudah! Perkara sebegini bukan sahaja mampu membuatkan anda tidak selesa, tetapi juga akan mengakibatkan pelbagai masalah dari sakit kepala, hidung tersumbat, sakit tekak, serak suara DAN nafas berbau.

Nak ke biarkan macam tu je ke?

Produk Herba Tok Aki sekarang ada promosi tau bersempena bulan puasa. Takkan lah nak dibiarkan ibadah puasa anda terganggu dengan masalah resdung? Tak berbaloi! Klik sini untuk pembelian solusi gangguan resdung anda dengan mudah!

 

Posted on

Kelebihan Kurma

Kurma bukan sahaja salah satu makanan sunnah, tetapi juga mempunyai pelbagai nutrien yang membuatkan ianya salah satu makanan yang ideal ketika berpuasa. Sesuai dimakan begitu sahaja, kurma juga boleh dijadikan sebagai jus, pencuci mulut dan juga dimakan bersama coklat, wow! 

Nak tahu apa lagi khasiat Kurma? Jom baca info di bawah dan kongsikan kepada rakan-rakan!

KELEBIHAN KURMA MAPS-01

Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera

Kurma mempunyai kandungan gula ringkas yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang! Kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta.  Kurma mudah dicerna dan ini menjadikan ianya sebagai makanan yang senang diterima oleh perut orang yang sedang berpuasa ketika berbuka. Kurma dapat mengurangi rasa lapar dan membuatkan anda tidak terburu-buru berbuka dengan juadah yang berlebihan.

Kaya dengan serat dan potassium

Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat, melebihi dari 100g pisang yang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Kandungan serat yang tinggi amat baik untuk melawaskan perut. Kurma juga mengurangkan sembelit dan dapat mengikis kolesterol.

Mengurangi tekanan darah
Kurma juga mampu menjaga agar tekanan darah anda sentiasa berada di paras yang selamat, tidak lupa juga untuk menjaga kesihatan jantung. Kurma juga mengandungi magnesium, tembaga, mangan, fosfor, kalium, zat besi, dan belerang. Sehingga kamu pun bisa meningkatkan kesehatan tubuhmu dengan makan kurma secara rutin tak hanya saat berpuasa saja. Kurma juga boleh mencegah Anemia, iaitu satu kondisi kekurangan sel darah merah. Juga mengandungi tanin sebagai salah satu bahan antioksida yang mampu mengurangkan alahan dan alergi.

Amboi banyaknya! Rasa macam nak makan kurma sekarang jugak kan? Tapi tak ada idea nak masak apa menggunakan kurma? Haa pernah dengar tak pasal bubur barli dan kurma? Barli sendiri pun mengandungi pelbagai khasiat dan apabila dicampurkan dengan Kurma – kombinasi nutrient terhebat! 

Antara bahan- bahan yang diperlukan untuk membuat bubur barli dan kurma ialah :

  • 1/2 cawan biji barli
  • 8 cawan air
  • 2-3sb sagu mata ikan
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 cawan santan
  • 8bj kurma
  • 1/2sk garam
  • 6sb gula

Rebus biji barli dengan air anggaran 8 cawan. Gunakan api sederhana kecil. Selepas 40minit masukkan sagu, tambah air jika perlu. Teruskan merebus sehingga biji barli lembut dan sagu betul-betul jernih. Kacau agar sagu tidak melekat pada periuk. Biji barli akan pecah sedikit, barulah betul-betul lembut. Biarkan sehingga air dalam periuk tinggal lebih kurang 2 cawan. Masukkan santan, daun pandan dan kurma. Masukkan garam dan gula. Kacau rata. Tambah gula jika suka lebih manis. Masak sehingga mendidih.

Selamat mencuba ya!

Posted on

Tips Bijak Berpuasa

Tengah penat? Rasa tak fokus padahal baru setengah hari berpuasa? Amboi, teruk benar bunyinya. Jangan jadikan berpuasa sebagai alasan untuk tidak jadi produktif tau! Sebenarnya tak ada masalah untuk kekal bertenaga dan sihat ketika sebulan berpuasa – asalkan kena caranya bila kita berpuasa.

Kadang-kadang kita terlepas pandang benda mudah yang memberi impak kepada badan kita ketika berpuasa. Mari lihat beberapa tips untuk berpuasa dengan bijak :

Puasa 1-01

Ketika Sahur

  • Ketika sahur sebaiknya hindari makanan yang manis atau terlalu banyak gula.
  • Paling baik ketika sahur adalah meminum susu dan air kosong, sebaiknya ketika bangun tidur, selepas sahur dan menjelang imsak.
  • Banyakkan makan buah-buahan dan makanan berkuah.
  • Elakkan dari bersahur dengan makanan segera, bergoreng atau makanan pedas kerana akan menganggu sistem pencernaan perut anda.
  • Untuk mendapatkan lebih tenaga, kisar 5-6 biji kurma sehingga menjadi jus dan minum. Tidak perlu tambah gula atau madu.

Saat Berpuasa

  • Bersabar dalam menjalankan kerja anda, dan jangan gopoh. Elakkan berasa tertekan (stress) kerana ini akan mengundang rasa lapar.
  • Ambil masa untuk berehat seketika, terutamanya sebelum masuk waktu zuhur. Tidur seketika (10-15minit) sudah cukup untuk buat badan terasa lebih segar.
  • Melakukan senaman ringan seperti peregangan atau berjalan kaki saat berpuasa sangat disarankan.
  • Alihkan pandangan ke warna-warna terang tapi lembut untuk melegakan ketegangan mata.

Waktu Berbuka

  • Segerakan berbuka. Dahulukan pengambilan kurma dan air kerana ini dapat meningkatkan paras gula dalam darah dan menjadikan anda rasa bertenaga. Jadi tidak perlu makan makanan yang lebih dari keperluan, kan?
  • Jaga adab ketika makan, terutama ketika berbuka beramai-ramai. Ambil makanan yang paling hampir dahulu dan kunyah secara tertib. Makan secara gelojoh boleh memberi kesan buruk kepada sistem penghadaman.
  • Elakkan dari berbuka dengan makanan segera, bergoreng atau terlalu masin. Ini akan menjadikan badan anda lesu, cepat letih dan penat.
  • Sebaiknya berbuka dengan sesuatu yang panas supaya badan anda rasa bertenaga semula dan perut akan kekal selesa. Bubur, sup atau susu panas (horlicks, milo, ovaltine etc) adalah contoh menu yang sesuai.

Waktu Malam

  • Cuba untuk tidak makan terlalu banyak pada waktu antara berbuka dan sahur. Ini untuk membiasakan dan untuk melegakan sistem pencernaan perut supaya lebih bersedia untuk berpuasa pada hari esoknya.
  • Elakkan dari berjaga terlalu lama. Tidur yang mencukupi dapat membantu badan anda untuk membekalkan tenaga untuk melakukan kerja-kerja seharian pada esok hari.
  • Hindarkan dari minum terlalu banyak air satu jam sebelum tidur.

Mudah kan sebenarnya untuk berpuasa? Sama-sama kita beramal di bulan Ramadhan ini ya! Selamat mencuba dan semoga ibadah berpuasa kita diterima.

Posted on

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Anda rasa lemah dan lesu di tempat kerja?

Sakit kepala dan rasa berdenyut terutamanya di bahagian muka?

Bosan berpantang makanan lagi di bulan Ramadhan?

Pastikan hari anda bebas dari gangguan resdung sepanjang bulan puasa dengan penggunaan Herba Resdung Tok Aki. Mudah, selamat dan melegakan dengan pantas! Dihasilkan dari 15cy4e100% ramuan semulajadi, Herba Resdung Tok Aki bertindak pantas dengan membuang lendir kotor punca resdung dalam rongga hidung dan tekak. Sesuai untuk mereka yang sering gatal-gatal di bahagian muka, hidung, telinga dan mata serta hidung tersumbat.

Cara penggunaan : Calitkan sedikit herba di hujung jari dan sapukan pada rongga dalam hidung kiri dan kanan. Guna dua kali sehari, pagi dan malam untuk minggu pertama. Untuk minggu seterusnya, guna apabila perlu sahaja.

15cy8w

Amalkan Jus Herba Tok Aki setiap hari untuk meredakan alergi sensitif kepada persekitaran dan makanan yang berpunca dari resdung. Diperkaya dengan khasiat semulajadi buah-buahan, Jus Herba Tok Aki membantu meningkatkan imuniti badan dan mencegah tanda-tanda awal resdung dari dalaman dengan selamat dan tanpa kesan sampingan.

Cara penggunaan : Minum 10ml jus herba dua kali sehari (mengikut sukatan bekas yang diberi di dalam kotak). Tidak perlu dibancuh.

Lengkapkan rutin anda dengan Sabun Herba Tok Aki untuk membunuh kuman resdung pengacau yang memeningkan kepala pada lapisan kulit muka! Dengan kelebihan ramuan susu beras, madu dan kayu manis,

Sabun Herba 3-01Sabun Herba Tok Aki membantu membersihkan muka anda secara lembut dan efektif, bebas dari segala minyak dan sel kulit mati. Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat dan gatal-gatal muka.

Cara penggunaan : Bilas muka dengan air terlebih dahulu. Gosok sabun pada tapak tangan hingga berbuih dan bersihkan muka. Bilas dan lap muka secara lembut. Guna 2-3 kali sehari mengikut kondisi muka.

Rangkaian produk Herba Tok Aki kini datang dengan harga promosi bersempena bulan Ramadhan Al Mubarak. Klik sini untuk pembelian solusi resdung di bulan puasa dengan mudah.

Resdung hilang, nak berpuasa pun senang!