Posted on

KERAP BERSIN PERLU RAWATAN LANJUT

Kerap bersin, gatal hidung, hidung tersumbat dan hidung berair antara  alahan rinitis.

Namun, gejala ini sering dianggap biasa dan ramai yang tidak ambil kisah kemungkinan berisiko mendapat penyakit lain berkaitannya.

Pakar Perunding Otorinolaringologi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Prof Madya Dr Rosdan Salim, berkata gejala awal rinitis berlaku kerana keradangan membran nasal (hidung) yang kerap bersin, hidung berair, hidung tersumbat, gatal hidung atau mana-mana kombinasi itu.

Katanya, gejala itu tidak dapat dikesan individu, namun jika ia berlarutan dalam tempoh lima hari atau seminggu individu perlu mendapat rawatan lanjut.

Masalah rinitis boleh dikesan sendiri oleh pesakit dengan segera dengan membuat pemeriksaan doktor bagi mengelakkan ia merebak menjadi resdung atau alahan sinusitis.

Antara lain, alahan rinitis iaitu hidung pesakit sering tersumbat dan berair apabila terdedah kepada habuk.

“Pesakit kerap bersin berpanjangan sebaik bangun tidur terutama pada waktu pagi yang menyebabkan rasa tidak selesa, gatal hidung, mata, tekak dan muka serta kahak yang mengalir di belakang tekak.

“Gejala ini perlu dibendung bagi mengelakkan ia merebak dan membawa kepada masalah resdung,” katanya ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.

 

Alahan rinitis terjadi kerana pesakit terdedah kepada hama debu, habuk, kelemumur binatang peliharaan dan pencemaran udara terutama dalam keadaan cuaca kering.

Masalah alahan rinitis jika tidak dirawat akan membawa kepada resdung atau keradangan sinus (sinusitis).

Masalah sinusitis akan menyebabkan pesakit mengalami sakit di bahagian dahi, belakang mata, sakit muka dan kepala apabila bersujud atau membengkokkan badan, kerap demam, deria bau terganggu dan lendir kehijauan atau kuning.

“Alahan rinitis dan sinusitis amat berkait rapat yang disebabkan persekitaran dan alahan yang menyebabkan sistem imun individu menjadi terlalu sensitif.

“Ia juga dipengaruhi oleh faktor genetik atau keturunan. Jika ibu bapa mempunyai masalah resdung atau seduan, 50 peratus anak-anak mereka akan turut mengalaminya.

“Namun, masalah ini boleh dirawat atau hilang dengan sendirinya apabila seorang meningkat dewasa,” katanya.

Dr Rosdan berkata, cecair berlendir jika ditelan tanpa disedari akan terkumpul dalam hidung dan menyebabkan lapisan mukosa membengkak dan menyekat bukaan sinus.

Jika jangkitan berlaku, cecair berlendir ini akan berubah warna menjadi lendir kehijauan atau kuning di dalam sinus.

“Alahan rinitis dan sinusitis akan menyebabkan pesakit hilang deria bau disebabkan hidung tersumbat. Dalam kes itu ia boleh dirawat menerusi ubat atau pembedahan kecil membuang penghalang untuk mengembalikan deria bau.

“Kita mendapati 95 pesakit yang mendapat rawatan di HUSM alah kepada makanan laut dan 40 peratus alah kepada bulu kucing atau binatang peliharaan.

“Kajian kita juga mendapati antara 27 hingga 30 peratus bagi 100 individu mempunyai masalah seduan atau resdung,” katanya.

Katanya, pesakit juga perlu menjauhkan diri daripada alahan termasuk hama debu, habuk dan bulu binatang peliharaan.

Pesakit digalakkan supaya sentiasa membasuh hidung secara menyedut sedikit air dalam hidung dan membuangnya.

“Kita akan menggunakan ubat antihistamin bagi mengurangkan rasa gatal atau berair dalam hidung.

“Pesakit boleh menggunakan steroid untuk menyembur di kawasan radang atau sensitif. Pakar perubatan akan membuat keputusan untuk rawatan kepada pesakit.

“Pembedahan kecil akan ditawarkan jika ubat yang diberi tidak mampu merawat bagi mengecilkan bahagian dalam hidung (turbinete),” katanya.

Sumber: https://www.bharian.com.my/wanita/sihat/2018/10/488860/kerap-bersin-perlu-rawatan-lanjut

Posted on

Hidung & Resdung

Pernah tak hidung anda tersumbat dan anda terpaksa bernafas mengikut mulut? Pasti rasa tidak selesa dan tercungap, kan? Lama-kelamaan tekak akan terasa kering dan perit. Nafas mulut anda juga akan jadi berbau busuk dan kepala anda akan terasa pening.

Kenapa ya?

FUNGSI HIDUNG 2-01

Nampak je kecil tapi hidung merupakan salah satu organ tubuh yang penting, antaranya berfungsi sebagai ejen penapis udara yang masuk ke paru-paru ketika kita bernafas. Segala debu dan kotoran, malah suhu udara pun akan diubah supaya udara yang masuk ke paru-paru akan menjadi lebih bersih dan terhindar dari benda asing yang boleh membahayakan pernafasan.

FUNGSI HIDUNG 3-01

Tapi bila anda mempunyai resdung, hidung anda akan menjadi lebih sensitif! Lebih-lebih lagi apabila sistem imuniti badan anda lemah dan anda tinggal di persekitaran yang berhabuk dan kotor. Lendir yang wujud di dalam hidung akan menyebabkan ruang pernafasan anda menjadi tidak lancar dan segala kuman dan kotoran yang sepatutnya ditapis akan terkumpul. Hasilnya? Dari selesema biasa pun akan mengakibatkan anda sakit kepala, demam dan batuk!

Walaupun hanya selesema, tapi cuba bayangkan kalau dah teruk sehingga setiap pagi asyik bersin sehingga terasa berat dan sakit di kawasan antara dua mata? Penat dan leceh tau! Antara perkara yang paling menganggu apabila anda menghidapi resdung adalah keadaan hidung anda yang berair dan seperti tersumbat tetapi lendir yang pekat dan mengganggu pernafasan anda susah dikeluarkan! Habis sekotak tisu dibuatnya!

FUNGSI HIDUNG 4-01

Apatah lagi untuk penghidap resdung yang mempunyai penyakit lelah atau semput. Pasti susah untuk bernafas dengan hidung yang berhingus serta batuk yang amat teruk (chesty cough). Penghidap resdung dan asma akan kelihatan tercungap (ketika bernafas melalui mulut) dan akan menyebabkan tonsil bengkak (akibat daripada segala kuman dan kotoran udara yang disedut).

HERBA RESDUNG TOK AKI 08Nampak tak pentingnya hidung?

Jangan ambil mudah ya dengan penyakit resdung ni. Mungkin masalah seperti bersin dan selesema berpanjangan nampak macam tak ada apa sangat, tapi ianya bersangkut-paut dengan gangguan-gangguan kesihatan lain (chain reaction) dan jika tidak dirawat, akan jadi melarat!

Kerana itulah Herba Resdung Tok Aki dihasilkan daripada 100% ramuan tradisional terpilih yang dapat mengeluarkan segala lendir punca segala masalah! Hanya sapu sedikit di dalam rongga hidung, tunggu tak sampai lima minit, memang keluar semua benda yang tersekat. Bila gejala resdung dapat dicegah daripada awal, hidup makin ceria dan sihat!

Anda masih ragu-ragu? Jom klik dan baca testimoni mereka yang sudah mencuba Herba Resdung Tok Aki!

 

 

Posted on

Manis & Berkhasiat!

“Tak suka makan ubat!”

Kalau kita sakit mesti kena telan pelbagai pil dan ubat yang pahit kan? Kadang-kadang sampai rasa bertambah sakit pulak jadinya! Haih, macam mana la nak sembuh kalau macam ni kan? Haa jangan risau, kali ini saya nak berkongsi satu bahan yang manis dan berkhasiat. Sesuai untuk dijadikan penawar ketika kita sakit – iaitu madu!

Tak percaya? Betul tau! Ramai yang ingat madu ni hanya sebagai pemanis makanan. Madu ni bukan sahaja salah satu makanan sunnah, tetapi jika diamalkan secara berterusan, boleh diguna pakai untuk mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit – termasuklah resdung!

Berikut adalah beberapa cara untuk menggunakan madu sebagai salah satu alternatif untuk menyihatkan badan dan mengurangkan alahan resdung :

  1. Madu & Bawang Putih

KHASIAT MADU 02

  • Kupas dan cincang halus 3-6 ulas bawang putih. Campurkan dengan 1-2 sudu madu. Amalkan minum 5 minit sebelum makan. Boleh juga campurkan sekali bersama minyak zaitun dan makan bersama biskut atau roti (seperti jem).
  1. Madu, Bawang & Lobak (radish)

KHASIAT MADU 03

  • Kupas dan cincang 6 ulas bawang putih. Cincang satu bawang besar dan 8 lobak. Campurkan kesemua bahan dalam mesin pengisar bersama satu cawan madu dan satu cawan jus lemon. Simpan di dalam peti ais, amalkan pemakanan dua sudu besar setiap hari. Untuk kanak-kanak, boleh juga campurkan 3 sudu besar jus tadi bersama satu sudu madu, diambil dua kali sehari.
  1. Madu & Lemon

KHASIAT MADU 04

  • Campurkan 1 sudu besar madu bersama 2 sudu teh jus lemon. Panaskan seketika campuran tersebut dan makan.
  • Masukkan 1 sudu besar jus lemon dan madu bersama dua sudu besar cuka epal di dalam bekas berisi 8 auns air suam. Kacau dan minum dua kali sehari untuk melegakan radang resdung. Boleh ditambah tiga ulas bawang yang ditumbuk.
  1. Madu & Halia

KHASIAT MADU 05

  • Kacau satu sudu teh halia yang telah dikupas dan dicincang halus bersama satu cawan air panas. Biarkan selama 15 minit. Tapis dan kacau, campurkan bersama satu sudu besar jus lemon dan madu. Amalkan minum dua kali sehari.
  • Jerang satu cawan air, dan kacau bersama satu sudu besar madu, 1-2 halia yang dicincang halus, 1 sudu teh serbuk kunyit, setengah cawan jus lemon, setengah sudu teh serbuk kayu manis, ¼ sudu teh lada hitam yang ditumbuk, dan secubit serbuk lada cayenne. Biarkan selama 10 minit, tapis dan minum.
  1. Madu & Air Garam

KHASIAT MADU 06

  • Kacau bersama madu dan garam di dalam air panas. Biarkan sejuk seketika. Ambil air tersebut dan lakukan istinshaq (memasukkan air ke dalam rongga hidung).
  1. Madu & Lada Hitam

KHASIAT MADU 07

  • Tumbuk halus satu sudu teh lada hitam dan campurkan dengan satu sudu besar madu. Kacau bersama di dalam satu cawan air panas yang mendidih. Biarkan selama 10 minit dan minum. Boleh juga tambahkan jus lemon dan halia yang telah dikisar bersama.
  1. Madu, Badam & Kismis

KHASIAT MADU 08

  • Rendam 7 biji kacang badam dan 7 biji kismis di dalam satu bekas air semalaman. Makan kacang dan kismis tersebut di awal pagi. Lebihan air rendaman tersebut campurkan dengan 1 sudu teh madu dan minum. Amalkan setiap hari.

Wow! Banyak kan cara nak guna madu ni? Pilih je yang mana satu!

Tapi ada satu masalah lagi yang sering saya dengar – ” tak cukup masa!”

Kadang-kadang kita ni sibuk dengan kerja dan keluarga sampai tak ingat nak jaga kesihatan sendiri. Memang lah banyak petua yang mudah dan senang, kalau diikutkan segala macam daun, buah atau sayur memang boleh dicari dan dibeli. Tapi kalau tak cukup masa? Rasa bila dah sampai rumah tu memang tinggal tunggu lelap mata aja!

Herbs_Garlic_Pepper_Turmeric_Rosemary_wallpaper EDIT

Haa sebab tu lah Jus Herba Tok Aki dihasilkan dengan pelbagai ramuan terpilih – termasuklah madu! – untuk membantu mereka yang tak menang tangan nak uruskan pelbagai urusan dan pada masa yang sama amat mementingkan kesihatan!

Juga mengandungi ekstrak Acai Berry dan jus buah delima, Jus Herba Tok Aki boleh diamalkan untuk mencegah resdung dari dalaman dan meningkatkan imun badan untuk melawan penyakit! Haa penting kan? Dan Jus Herba Tok Aki ni boleh dimakan seisi keluarga – anak-anak anda atau adik kecil pun boleh berkongsi manfaat yang sama hanya dari satu botol!

Jimat, mudah dan senang kan? Hanya minum dua kali sehari mengikut sukatan yang telah ditetapkan. Jus Herba Tok Aki dibuat daripada kandungan berkualiti dan semulajadi, selamat dan tiada kesan sampingan! Penuh berkhasiat dan mempunyai rasa anggur yang mesra semua peringkat usia.

Jangan risau lagi, kesihatan anda keutamaan kami! Jom cuba Jus Herba Tok Aki!

Posted on

Jerawat, Bersin & Nafas Berbau

Amboi, bukan setakat satu tapi tiga terus kombo pakej gejala penghidap resdung ni! Jangan ingat tanda-tanda di atas ini adalah normal tau! Mesti ada yang tak kena, lagi-lagi bila dah berlanjutan lama. Badan kita dah memang ada segala antibodi untuk melawan kuman dan penyakit, cuma berlainan mengikut individu tersebut sendiri.

Penat juga kan kalau asyik berbelanja besar untuk hilangkan jerawat, hari-hari berkotak tisu habis terutamanya di waktu pagi sebab bersin yang tak henti. Nafas berbau? Lagi lah malu! Rasa nak berjumpa dengan kawan dan meluangkan masa dengan keluarga pun jadi tak selesa.

Kesian juga saya tengok ada yang sanggup bersusah-payah ikat perut nak beli macam-macam produk. Berlainan jenis pulak tu. Produk jerawat lain, produk nafas berbau lain, aduhh. Haa sebab tu saya nak kongsikan bersama beberapa petua dengan anda, semoga dapat membantu!

Menghilangkan Jerawat

remove-pimple-on-chin

  • Bersihkan muka seperti biasa untuk menanggalkan kotoran dan sisa makeup. Selepas itu cuci muka dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri di muka. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan petua ini tiga kali seminggu untuk hasil yang berkesan.
  • Setelah membasuh muka, tutup muka dengan kain atau tuala yang agak lembab. Rapatkan muka ke wap nasi atau wap air panas selama beberapa minit. Kemudian gunakan penyegar muka.
  • Ambil sedikit kanji nasi dan sejukkan. Sapukan kanji nasi pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Selepas itu basuh muka dengan air suam. Seeloknya diamalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.
  • Jika berdepan dengan masalah jerawat sukar hilang, gunakan daun teh. Caranya rebus beberapa helai daun teh berwarna hijau. Ketika daun masih suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
  • Korang juga boleh tumbuk sedikit bunga melur bersama air hingga menjadi lumat. Selepas itu sapukan ke muka dan biarkan kering. Setelah kering basuh muka dengan air kelapa muda.
  • Amalkan basuh muka dengan air basuhan beras. Kemudian biarkan ia kering sendiri di muka. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan secara kerap.
  • Rendam segenggam beras hingga kembang. Kemudian toskan airnya. Ambil segenggam biji betik muda dan tumbuk bersama beras sehingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Bentukkan menjadi bebola yang kecil-kecil dan jemur sehingga kering. Setelah kering, boleh disimpan dalam bekas kedap udara. Cara memakainya, bancuh dengan air dan sapukan di seluruh bahagian wajah.

Menghentikan bersin yang berpanjangan

2169203610_077d85e6d7_b

  • Minum air panas selalu. Tak kira teh, kopi atau limau panas, asalkan panas dan berwap. Ini boleh membuatkan anda berasa lega dan ruang pernafasan terasa lapang.
  • Wapkan muka selalu, terutamanya apabila bersin telah melarat kepada selesema dan hidung berair. Rendam tuala di dalam air suam dan tekapkan di muka selama beberapa saat. Untuk lebih senang, letak air panas di dalam satu kole, tutup beberapa saat. Letak muka betul betul berhadapan/di atas kole dan buka sedikit supaya wap yang terkumpul kena pada muka.
  • Bersenam. Jika badan anda mulai rasa seram sejuk dan membuatkan anda sakit kepala, cuba untuk ‘stretching’ selama 5 minit dan berjalan sekurang-kurangnya 10 hingga 20 minit. Bukan sahaja anda akan berasa lebih tenang, ceria dan produktif, kesihatan anda juga terjaga!

Atasi nafas berbau

20140213_fogmosas

  • Penat dah gosok gigi berkali-kali tapi nafas anda tetap berbau? Amalkan berkumur dengan air garam setiap pagi selepas menggosok gigi. Mulut berbau ni selalunya berkaitan dengan bakteria yang terkumpul di dalam mulut, dan juga masalah tekak. Periksa di klinik berdekatan takut-takut ada sebarang jangkitan kuman di dalam mulut anda. Air garam bertindak sebagai antiseptik sahaja yang mengurangkan masalah nafas berbau.
  • Berkumur dengan minyak bijan. Pelik, tapi sebenarnya berkesan tau. Sekurang-kurangnya dua sudu besar minyak bijan dikumur dalam mulut selama yang boleh. Ada yang kata kena berkumur sampai 20 minit paling sekejap, tapi ikut kemampuan masing-masing lah ya. Asalkan amalkan setiap hari, pagi dan petang. Selepas seminggu pertama, jika anda konsisten berkumur hari-hari, boleh la kurangkan kepada dua hari sekali, atau selang sehari.

13119028_1710094129256549_1059988614636807849_nJERAWAT, SELALU BERSIN DAN NAFAS BERBAU?

AWAS, MUNGKIN RESDUNG ANDA SUDAH TERUK!

Patutlah kan bila dah puas cuba produk kecantikan sana sini, tak elok-elok juga.Disarankan anda amalkan penggunaan Herba Resdung Tok Aki untuk menyingkirkan punca gangguan resdung yang boleh mengakibatkan anda mengalami semua masalah di atas. Cuma sapu sedikit di dalam hidung dan semua lendir yang mengandungi kuman akan keluar dengan sendirinya!

KLIK SINI UNTUK PEMBELIAN PANTAS!

Selamat mencuba ya!

Posted on

Tips Penting Untuk Penghidap Resdung

” Kenapa ya resdung saya masih lagi tak elok, makin teruk pulak tu?! “


Alahai setakat berpantang dan beli ubat di klinik memang tak cukup nak kurangkan alahan dan alergi. Kadang-kadang kita terlupa dan buat tak endah je benda yang nampak remeh dan mudah! Gangguan resdung ni berkait rapat dengan ‘lifestyle’ serta rutin harian kita tau. 

Mari sini saya nak kongsi beberapa tips berguna untuk penghidap resdung yang teruk.

  1. Bukan hanya persekitaran anda kena bersih!

4 TIPS UNTUK SI RESDUNG 02

Ramai yang lupa, sibuk bersihkan karpet, sofa atau katil, tapi kebersihan diri sendiri tak dijaga. Penghidap resdung selalunya akan mempunyai alergi terhadap habuk dan kotoran, terutamanya di bahagian muka. Pastikan tangan dan muka anda sentiasa bersih. Rajinkan diri anda untuk membawa hand-sanitizer atau tisu basah (antibacterial wet tissue) ke mana-mana sahaja.

  1. Jangan duduk sahaja!

4 TIPS UNTUK SI RESDUNG 03

Senaman boleh mengurangkan alahan resdung dan mencegah banyak penyakit lain seperti obesiti dan hypertension (tekanan darah tinggi). Jika anda penghidap resdung yang agak teruk, luangkan masa sekurang- kurangnya 30 minit untuk aktiviti luaran (jogging, berlari).

  1. Sorok gula dari minuman anda!

4 TIPS UNTUK SI RESDUNG 04

Biasakan diri untuk sentiasa minum air putih sepanjang hari. Cuba tambahkan lemon atau daun pudina untuk sedikit variasi rasa. Bukan sahaja air putih boleh membersihkan tubuh anda, ianya juga membantu mengurangkan berat badan. Minima 3liter sehari disyorkan untuk orang dewasa.

  1. Wapkan wajah dengan mudah!

4 TIPS UNTUK SI RESDUNG 05

Tidak perlu pergi ke spa. Jika muka anda berasa gatal dan hidung tersumbat, tuang air panas ke dalam kole atau mangkuk bertutup dan tunggu sebentar. Buka dan letak muka berhampiran kole supaya wap panas boleh terkena muka.

12509383_942905302453001_2581526996257801513_nHaa, dah cuba ke semua perkara di atas? Jangan sampai resdung anda melarat dan anda pun tak tahu dari mana puncanya! Boleh amalkan tips yang telah saya katakan tadi beserta pengambilan Herba Resdung Tok Aki untuk mengeluarkan segala lendir dan kotoran yang dah lama terkumpul. Baru lah lega sikit rongga pernafasan tu!

Amalkan juga pengambilan Jus Herba Tok Aki setiap hari untuk meningkatkan daya tahan tubuh anda serta mencegah gangguan resdung dari dalaman. Sedap, mudah dan senang kan? Tidak perlu lagi risau tentang resdung di masa akan datang.

 

Selamat mencuba!

 

Posted on

Eh betul ke ni?

Saya rasa masih ramai yang tak tahu beza antara selesema dan resdung. Bahaya tau! Sebab selesema dan resdung tu adalah dua masalah yang berbeza dan memerlukan ubat dan cara rawatan yang berlainan.Sebenarnya perbezaan antara selesema dan resdung adalah masa. Resdung ni biasanya berulang banyak kali dan melarat sampai lebih dari 10 hari. Kalau selesema je, biasanya akan sembuh sendiri dalam beberapa hari. Haa sebab tu la saya rasa penting untuk saya kongsikan tanda-tanda resdung ni. Jom baca dan kongsikan bersama ya!

TIPULAH, BUKAN RESDUNG NI FA

Jadi, apa yang akan dialami oleh penghidap resdung sebenarnya?

⇒ Bersin yang berpanjangan.

Ini memang salah satu tanda-tanda klasik bagi mereka yang menghidapi resdung, terutamanya di waktu pagi. Pernah tak anda bangun tidur dan terus bersin, tak berhenti pulak tu? Biasanya akan berlarutan hingga ke awal tengahari.

⇒ Hidung berair dan berhingus.

Bila dah asyik bersin, hidung mula akan terasa gatal. Mula lah rasa nak gonyoh hidung sampai merah, terus hidung jadi berair dan merah. Bila asyik keluar masuk tempat yang sejuk atau panas, hidung rasa berhingus dan tersumbat. Tak selesa kan?

⇒ Sakit di bahagian muka dan kepala

Pernah tak bila dah selalu sangat bersin dan hidung tersumbat ni, kepala terasa sakit dan berat? Kawasan mata pun rasa berdenyut dan gatal. Selalunya penghidap resdung akan rasa seperti ada benda merayap di mata (gatal) dan juga di kawasan hidung. Mata pun akan menjadi merah dan berair.

⇒ Nafas berbau

Resdung ni bukan sahaja memberi kesan kepada diri sendiri, tetapi juga kepada orang lain. Nafas berbau akan membuatkan mereka di sekeliling berasa tak selesa! Bayangkan anda di tempat kerja, ataupun ketika bersama rakan-rakan? Haa nafas berbau ni terjadi bukan sebab anda tak menggosok gigi pun, tetapi berpunca dari kuman. Nanti akan menjadi sakit tekak dan batuk-batuk pula!

Leceh kan kalau hampir setiap hari kita asyik mengalami benda yang sama, sekaligus pulak tu! Macam mana nak pergi kerja, nak uruskan keluarga lagi, nak luangkan masa untuk diri sendiri, nak berehat pun susah. Sebab tu jangan ambil remeh tau resdung ni, kalau dibiarkan, jangan menyesal pula bila melarat.

 Nak tahu penyelesaian mudah kepada masalah resdung anda? Klik sini!