Posted on

Tips Penting Untuk Penghidap Resdung

” Kenapa ya resdung saya masih lagi tak elok, makin teruk pulak tu?! “


Alahai setakat berpantang dan beli ubat di klinik memang tak cukup nak kurangkan alahan dan alergi. Kadang-kadang kita terlupa dan buat tak endah je benda yang nampak remeh dan mudah! Gangguan resdung ni berkait rapat dengan ‘lifestyle’ serta rutin harian kita tau. 

Mari sini saya nak kongsi beberapa tips berguna untuk penghidap resdung yang teruk.

  1. Bukan hanya persekitaran anda kena bersih!

4 TIPS UNTUK SI RESDUNG 02

Ramai yang lupa, sibuk bersihkan karpet, sofa atau katil, tapi kebersihan diri sendiri tak dijaga. Penghidap resdung selalunya akan mempunyai alergi terhadap habuk dan kotoran, terutamanya di bahagian muka. Pastikan tangan dan muka anda sentiasa bersih. Rajinkan diri anda untuk membawa hand-sanitizer atau tisu basah (antibacterial wet tissue) ke mana-mana sahaja.

  1. Jangan duduk sahaja!

4 TIPS UNTUK SI RESDUNG 03

Senaman boleh mengurangkan alahan resdung dan mencegah banyak penyakit lain seperti obesiti dan hypertension (tekanan darah tinggi). Jika anda penghidap resdung yang agak teruk, luangkan masa sekurang- kurangnya 30 minit untuk aktiviti luaran (jogging, berlari).

  1. Sorok gula dari minuman anda!

4 TIPS UNTUK SI RESDUNG 04

Biasakan diri untuk sentiasa minum air putih sepanjang hari. Cuba tambahkan lemon atau daun pudina untuk sedikit variasi rasa. Bukan sahaja air putih boleh membersihkan tubuh anda, ianya juga membantu mengurangkan berat badan. Minima 3liter sehari disyorkan untuk orang dewasa.

  1. Wapkan wajah dengan mudah!

4 TIPS UNTUK SI RESDUNG 05

Tidak perlu pergi ke spa. Jika muka anda berasa gatal dan hidung tersumbat, tuang air panas ke dalam kole atau mangkuk bertutup dan tunggu sebentar. Buka dan letak muka berhampiran kole supaya wap panas boleh terkena muka.

12509383_942905302453001_2581526996257801513_nHaa, dah cuba ke semua perkara di atas? Jangan sampai resdung anda melarat dan anda pun tak tahu dari mana puncanya! Boleh amalkan tips yang telah saya katakan tadi beserta pengambilan Herba Resdung Tok Aki untuk mengeluarkan segala lendir dan kotoran yang dah lama terkumpul. Baru lah lega sikit rongga pernafasan tu!

Amalkan juga pengambilan Jus Herba Tok Aki setiap hari untuk meningkatkan daya tahan tubuh anda serta mencegah gangguan resdung dari dalaman. Sedap, mudah dan senang kan? Tidak perlu lagi risau tentang resdung di masa akan datang.

 

Selamat mencuba!